Muzium Negeri KangarMuzium Negeri Kangar (30 Julai, 2016)


English

Muzium Negeri Kangar (GPS: 6.43966, 100.1877) adalah muzium negeri untuk Negeri Perlis. Ia mengandungi objek-objek bersejarah dalam sejarah Perlis. Selain bangunan asal, yang merupakan banglo bersejarah, muzium ini juga termasuk bangunan tambahan dengan pejabat pentadbiran dan dewan.

Bangunan Muzium Negeri Kangar berada pada Jalan Tun Abdul Razak. Bangunan ini sebenarnya replika kepada banglo dari awal abad ke-20 yang pada asalnya dimilikni Syed Salim bin Syed Muhammad Al-Jafri, adinda kepada Raja Syed Saffi, yang memerintah sebagai Raja Perlis dari 1887 hingga 1905. Semasa pemerintahannya, Raja Syed Saffi telah memberikan tanah 4.84 ekar ini kepada adinda baginda Syed Salim yang telah mendirikan banglo di sini.

Syed Salim menetap di banglo ini hingga tahun 1909, apabila pihak British mengambilalih banglo ini selepas Perjanjian Bangkok 1909, apabila Kerajaan Siam menyerahkan Perlis Perlis kepada pentadbiran British, dan banglo ini menjadi tempat penginapan British Resident di Perlis. Ia berada dalam tangan pihak British hingga tahun 1941, apabila kuasa Jepun mengambilalihnya.

Pada tahun 1943, Jepun telah menyerahkan banglo ini kepada pihak Thai. Ia kekal di bawah kuasa Thai sehingga tamatnya peperangan, apabila pihak British sekali lagi mengambilalihnya. Ia digunakan sebagai residen penasihat British ke Perlis hingga ke tahun 1957, apabila Malaya mencapai kemerdekaan. Selepas itu, ia menjadi penginapan rasmi Menteri Besar Perlis. Pada awal tahun 1990-an, bangunan itu sudah berada dalam keadaan agak buruk. Ia terpaksa dirobohkan dan dibina semula mengikut bentuk asal. Sejak ini, bangunan yang dibina semula digunakan sebagai Muzium Negeri Kangar.

Muzium Negeri KangarMuzium Negeri Kangar (30 Julai, 2016)


Muzium Negeri KangarLaluan ke anjung Muzium Negeri Kangar (30 Julai, 2016)


Muzium Negeri KangarAnjung Muzium Negeri Kangar (30 Julai, 2016)


Dewan Besar, Muzium Negeri KangarDewan Besar, Muzium Negeri Kangar (30 Julai, 2016)

Pandangan 360° Muzium Negeri Kangar pada Google Maps Street View

Muzium Negeri Kangar

Muzium Negeri Kangar adalah dalam peta Kangar

Senarai Muzium di Kangar, Muzium di Perlis and Muzium di Malaysia

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

 Discover with Timothy YouTube Channel

 Discover with Timothy Food YouTube Channel

 Learn Penang Hokkien YouTube Channel

SojiMart Videos

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Discover with Timothy

Discover With Timothy YouTube Channel

Chowrasta Market Narrated Walking Tour

IKEA Batu Kawan Narrated Walking Tour

Relau Penang Narrated Walking Tour

Medan Bayan Relau Penang Narrated Walking Tour

Fort Cornwallis & The Esplanade Narrated Walking Tour

Padang Kota Lama Narrated Walking Tour

Duke Street & Koh Seang Tat Fountain Garden

Feng Yi Dumplings

Sam Poh Footprint Temple Narrated Walking Tour

Blooms Nursery & Gallery

Bodhi Heart Sanctuary Narrated Walking Tour

Lebuh Bukit Jambul Roundabout Narrated Walking Tour

Bukit Jambul Elevated U-Turn Narrated Walking Tour

Bayan Baru Walking Tour
© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.