Discover with Timothy
21st Anniversary as Content CreatorPusat Konvensyen Kuala Lumpur

Pusat Konvensyen Kuala LumpurPusat Konvensyen Kuala Lumpur (8 February, 2006)


English

Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (GPS: 3.15378, 101.71323) adalah sebuah kompleks dewan konvensyen di KLCC. Ia terletak di Jalan Pinang. Pusat Konvensyen Kuala Lumpur direkabentuk sebagai tempat untuk mengadakan konvensyen tempatan dan antarabangsa, termasuk pameran, majlis makan dan acara kesukanan. Pusat Konvensyen Kuala Lumpur terdiri daripada Dewan Plenary yang dapat memuat 3,000 orang, Theatre dengan muatan 500 orang, kawasan pameran seluas 9,710 meter persegi (104,480 kaki persegi), Dewan Persidangan, Dewan Besar, Dewan Bankuet dan 20 bilik mesyuarat. Juga terletak di sini ialah Aquaria KLCC, sebuah akuarium bertaraf antarabangsa. Aquarium ini menggunakan teknologi multimedia untuk menghibur dan mendidik.

Antara kemudahan tambahan yang terdapat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur termasuk suite VIP, bilik media, pusat urusniaga, suite perkahwinan, bilik sembayang, bilik perubatan, bilik pengeluaran AV, khidmat pekerja rencam dan bilik bagasi. Terdapat juga restoran, agensi pelancongan dan pengurup wang.

Juga menjadi sebahagian daripada Pusat Konvensyen Kuala Lumpur ialah Trader Hotel Kuala Lumpur, sebuah hotel 4-bintang dengan 571 bilik.

Aquaria KLCC

Aquaria KLCC ialah sebuah oceanarium. Ia terletak di bawah Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Pusat ini mempamerkan pelbagai hidupan laut. Aquaria KLCC dibuka setiap hari dari jam 10:00am pagi hingga 8:00pm, dengan kemasukan terakhir pada 7:00pm. Bayaran masuk adalah seperti berikut:

Orang Dewasa: RM69 (RM49 dengan MyKad)
Kanak-kanak (berusia 3-12): RM59 (RM39 dengan MyKid)
Warga Emas (berusia 60 dan ke atas): RM49 (RM39 dengan MyKad)

KLCC ParkPandangan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dari KLCC Park (1 Januari, 2010)

Menaiki pengangkutan awam ke Pusat Konvensyen Kuala Lumpur

Anda boleh menaiki bas GoKL City Bus yang berhenti di pusat konvensyen ini.

Pusat Konvensyen Kuala Lumpur adalah dalam peta Jalan Pinang, Kuala Lumpur

Senarai Pusat Konvensyen di Kuala Lumpur and Pusat Konvensyen di Malaysia

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

 Discover with Timothy YouTube Channel

 Discover with Timothy Food YouTube Channel

 Learn Penang Hokkien YouTube Channel

SojiMart Videos

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Discover with Timothy

Discover With Timothy YouTube Channel

Chowrasta Market Narrated Walking Tour

IKEA Batu Kawan Narrated Walking Tour

Relau Penang Narrated Walking Tour

Medan Bayan Relau Penang Narrated Walking Tour

Fort Cornwallis & The Esplanade Narrated Walking Tour

Padang Kota Lama Narrated Walking Tour

Duke Street & Koh Seang Tat Fountain Garden

Feng Yi Dumplings

Sam Poh Footprint Temple Narrated Walking Tour

Blooms Nursery & Gallery

Bodhi Heart Sanctuary Narrated Walking Tour

Lebuh Bukit Jambul Roundabout Narrated Walking Tour

Bukit Jambul Elevated U-Turn Narrated Walking Tour

Bayan Baru Walking Tour
© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.