The Carnivall, Cinta Sayang ResortThe Carnivall, Cinta Sayang Resort (23 Ogos, 2015)


English

The Carnivall (GPS: 5.66099, 100.52494) adalah sebuah taman tema air di Sungai Petani, Kedah. Ia adalah satu komponen daripada Cinta Sayang Resort. Taman tema air ini mempunyai beberapa permainan air untuk orang dewasa dan kanak-kanak. Terdapat empat gelongsor air, dua daripadanya untuk orang dewasa dan dua lagi untuk kanak-kanak. Terdapat juga terusan air untuk pengunjung berenang dan bermain tubing. Di sekitar kawasan taman tema ini ada pondok untuk pengunjung beristirehat dan terdapat juga tempat untuk menunggang kuda.

Pandangan 360° The Carnivall pada Google Maps Street View

The Carnivall (Mei 2014)

The Carnivall adalah pada peta Sungai Petani

The Carnivall

Lawatan kami ke The Carnivall

Saya dan isteri saya pernah melawat The Carnivall sekali sebelum ini, pada 23hb Ogos, 2015, tapi kami tidak masuk masa itu. Hanya pada 18hb Februari, 2017, sempat kami masuk taman tema air ini, apabila kami ke Cinta Sayang Resort bersama sekumpulan blogger.

Saya dapati tempatnya agak kemas dan air dalam kolam renangnya jernih dan bersih. Pertama sekali saya pergi berenang dahulu, kemudian baru pergi bermain dengan rakan-rakan yang lain yang asyik menaiki gelongsor. Gelongsor air rasanya agak mendebarkan hati. Saya mencubanya setiap satu sekali sahaja. Hati rasa berdebar. Sekali pun dah cukup.

Sementara itu, isteri saya berseronok menaiki kuda. Terdapat seekor kuda stallion berwarna hitam yang boleh ditunggang. Kali terakhir kami menunggang kuda adalah di Countryside Stables di Pulau Pinang. Kami berdua terasa amat seronok berada di The Carnivall.

Timothy Tye di The Carnivall, Cinta Sayang ResortSaya di The Carnivall (18 February, 2017)


The Carnivall, Cinta Sayang ResortPemandangan di The Carnivall (18 February, 2017)


The Carnivall, Cinta Sayang ResortTiub untuk dua orang di The Carnivall (18 February, 2017)


The Carnivall, Cinta Sayang ResortGelongsor air untuk orang dewasa di The Carnivall (18 February, 2017)


The Carnivall, Cinta Sayang ResortSaya dan blogger Henry Tan menaiki gelongsor air di The Carnivall (18 February, 2017)


Goh Chooi Yoke di The Carnivall, Cinta Sayang ResortIsteri saya Goh Chooi Yoke seronok menunggang kuda di The Carnivall (18 February, 2017)


Kembali ke Cinta Sayang Resort


Details

Senarai Taman Tema di Malaysia

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

 Discover with Timothy YouTube Channel

 Discover with Timothy Food YouTube Channel

 Learn Penang Hokkien YouTube Channel

SojiMart Videos

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Discover with Timothy

Discover With Timothy YouTube Channel

Chowrasta Market Narrated Walking Tour

IKEA Batu Kawan Narrated Walking Tour

Relau Penang Narrated Walking Tour

Medan Bayan Relau Penang Narrated Walking Tour

Fort Cornwallis & The Esplanade Narrated Walking Tour

Padang Kota Lama Narrated Walking Tour

Duke Street & Koh Seang Tat Fountain Garden

Feng Yi Dumplings

Sam Poh Footprint Temple Narrated Walking Tour

Blooms Nursery & Gallery

Bodhi Heart Sanctuary Narrated Walking Tour

Lebuh Bukit Jambul Roundabout Narrated Walking Tour

Bukit Jambul Elevated U-Turn Narrated Walking Tour

Bayan Baru Walking Tour
© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.