Discover with Timothy
21st Anniversary as Content CreatorCinta Sayang Resort (Edisi BM)

Cinta Sayang ResortCinta Sayang Resort (18 Februari 2017)


English

Cinta Sayang Resort (GPS: 5.65877, 100.51876) merupakan sebuah kelab golf di Sungai Petani, Kedah. Ia terletak di Jalan Kelab Cinta Sayang, berdekatan dengan taman tema air The Carnivall Water. Tempat peranginan ini mempunyai pelbagai kemudahan, yang terpenting merupakan padang golf 18-lubang PAR 72. Penginapan di Cinta Sayang Resort terdiri daripada 36 buah chalet dan pangsapuri servis dengan 179 bilik.

Terdapat dua restoran di Cinta Sayang Resort, yakni CS Cafe di sebelah dalam dan Chips & Bites di sebelah luar.

Pandangan Cinta Sayang Resort pada Google Maps Street View

Cinta Sayang Resort (Dis 2013)

Alamat

Cinta Sayang Resort
Persiaran Cinta Sayang,
08000 Sungai Petani.
Phone: +60 4 441 4666

Cinta Sayang Resort adalah dalam peta Sungai Petani

Cinta Sayang Resort

Lawatan kami ke Cinta Sayang Resort

Saya dan isteri saya bersama sekumpulan blogger telah mengadakan lawatan makan angin ke Cinta Sayang Resort pada 17-19 Februari, 2017. Rombongan kami berjumlah 46 orang termasuk kanak-kanak. Empat-puluh daripada kami memandu kereta ke resort sementara yang baki enam orang (termasuk saya dan isteri saya) menaiki van dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Kami tiba di sana pada awal petang hari Jumaat, 17hb Februari, dan disambut mesra oleh pasukan dari hotel termasuk Pengarah Pemasaran Cik Suria Ismail, Pengurus Pemasaran Cik Nur Nasuha Bt. Musa dan Pembantu Pengurus Eksekutif Encik Azhar Ramli.

Cinta Sayang Resort, Sungai PetaniSaya dan isteri di lobi Cinta Sayang Resort. (17 Februari, 2017)


Selepas menikmati makanan ringan dan minuman, kami mengutip kunci bilik dan terus masuk chalet. Chalet dekat Cinta Sayang Resort dilengkapi dengan amat selesa. Terdapat dua katil satu-orang sebelah menyebelah. Tema hiasan bilik ialah kuda, oleh itu terdapat stensil kuda pada satu dinding dan seekor kuda belang dengan belang warna-warni pelangi di satu lagi.

Chalet kami di Cinta Sayang ResortSaya dan isteri di lobi Cinta Sayang Resort (17 February, 2017)


Chalet kami di Cinta Sayang ResortSaya dan isteri saya di chalet kami dekat Cinta Sayang Resort (17 Februari, 2017)


Chalet kami di Cinta Sayang ResortSaya dan isteri saya di chalet kami dekat Cinta Sayang Resort (17 Februari, 2017)


Cinta Sayang Resort, Sungai PetaniRumah kami di Cinta Sayang Resort ialah Chalet nombor 819. (17 Februari, 2017)


Chalet kami dekat Cinta Sayang ResortChalet kami dekat Cinta Sayang Resort (17 Februari, 2017)


Chalet kami dekat Cinta Sayang ResortSatu lagi pandangan bilik kami - nampak kuda dan kuda belang tak? (17 Februari, 2017)


Chalet kami dekat Cinta Sayang ResortKemudahan buat kopi dan teh dalam bilik kami. (17 Februari, 2017)


Chalet kami dekat Cinta Sayang ResortBilik air kami dekat Cinta Sayang Resort. (17 Februari, 2017)


Chalet kami dilengkapi sebuah televisyen dindin berskrin rata. Terdapat juga kemudahan untuk membuat kopi dan teh manakala bilik airnya mempunyai sebuah kubikel mandi. Setahu kami kemudiannya, walaupun Cinta Sayang Resort dah berusia lebih dua-puluh tahun, chalet yang kami duduki baru sahaja diubahsuai, tak hairanlah kesemuanya nampak baru. Pengubahsuaian masih berlanjutan fasa demi fasa.

Selepas berehat seketika di bilik, saya rasa nak pergi berenang.

Kolam redang Cinta Sayang Resort berada di sisi bilik gimnasiumnya. Pada asalnya terdapat tiga kolam renang, tetapi mungkin kerana kerja-kerja ubahsuai, hanya satu kolam renang sahaja dibuka untuk kegunaan tetamu.

Isteri saya juga bersama saya di kolam renang. Dia nak belajar berenang. Saya pun cuba nak ajar. Tak mudah nak ajar pun. Rasanya saya tak tahu mengajar dia renang.

Cinta Sayang Resort, Sungai PetaniBerseronok di kolam renang Cinta Sayang Resort. (17 Februari, 2017)


Kami kembali ke chalet untuk berehat dan tidur lalat, kemudian bersiap untuk makan malam.

Sarapan malam petang itu diadakan di CS Cafe, yakni restoran utama Cinta Sayang Resort. Kami telah membuat pesanan awal pilihan makanan yang terdiri daripada sup, pembuka selera, hidangan utama dan pencuci mulut. Saiz hidangan setiap satunya sangat besar. Hidangan pembuka selera begitu besar, saya tersilap sangka yang itu hidangan utama. Walaupun hidangan utama belum dihidangkan, saya dah rasa kenyang.

Pilihan saya pada malam itu termasuk Sup Ekor Lembu, Ikan Salmon Disalai, Ikan Siakap Panggang dan Kek Brownie Coklat manakala isteri saya pula Sup Makanan Laut, Ikan Salmon Salai, Ikan Salmon Goreng dan Kek Keju. Untuk memastikan yang setiap seorang mendapat pilihannya yang betul, pilihan kami dicatat pada kad kecil di hadapan kami. Akan tetapi, tempoh masa antara hidangan agak panjang, dan kami semakin kenyang. Akhirnya, kami suruh agar pembersih mulut dibungkus bawa balik.

Cinta Sayang Resort, Sungai PetaniSup Ekor Lembu di CS Cafe, Cinta Sayang Resort. (17 Februari, 2017)


Cinta Sayang Resort, Sungai PetaniSup Makanan Laut di CS Cafe, Cinta Sayang Resort. (17 Februari, 2017)


Cinta Sayang Resort, Sungai PetaniIkan Salmon Salai di CS Cafe, Cinta Sayang Resort. (17 Februari, 2017)


Cinta Sayang Resort, Sungai PetaniIkan Siakap Panggang di CS Cafe, Cinta Sayang Resort. (17 Februari, 2017)


Cinta Sayang Resort, Sungai PetaniIkan Salmon Goreng di CS Cafe, Cinta Sayang Resort. (17 Februari, 2017)


Apabila sampai di chalet, kami dah keletihan dan terus pergi tidur.

Hari keesokannya ialah Hari Sabtu, 18hb Februari. Awal-awal lagi, kami sudah ke CS Cafe untuk menjamu selera. Sarapan pagi berbentuk bufet. Hidangannya berjenis-jenis. Pagi itu, roti saya terlampau dipanggang, tapi selain itu, semuanya sedap-sedap belaka.

Cinta Sayang Resort, Sungai PetaniHidangan bufet di CS Cafe, Cinta Sayang Resort. (17 Februari, 2017)


Cinta Sayang Resort, Sungai PetaniMenikmati sarapan pagi di CS Cafe, Cinta Sayang Resort. (17 Februari, 2017)


Selepas makan, saya dan isteri saya pergi berjalan-jalan menikmati keindahan padang golf di Cinta Sayang Resort. Kemudian kami berkumpul untuk menangkap gambar foto berkumpulan di hadapan bangunan utama Cinta Sayang Resort.

Cinta Sayang Resort, Sungai PetaniGambar foto berkumpulan di Cinta Sayang Resort. (17 Februari, 2017)


Selepas sesi gambar foto, acara seterusnya ialah kelas main golf. Kami dibahagikan kepada dua kumpulan, supaya lebih mudah pengajar memberi arahan. Ini diadakan di Sekolah Golf Mizuno yang terletak di seberang jalan dari bangunan Cinta Sayang Resort. Antara pengajar hari itu termasuk pemain golf yang mempunyai ranking dunia.

Cinta Sayang Resort, Sungai PetaniSaya mencuba golf tapi tak berapa cekap. (17 Februari, 2017)


Cinta Sayang Resort, Sungai PetaniNampaknya isteri saya jauh lebih cekap bermain golf daripada saya. (17 Februari, 2017)


Selepas kelas golf, kami kembali ke Cinta Sayang Resort. Sekali lagi kami dibahagi kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama dibawa meneroka padang golf manakala kumpulan kedua ditunjukkan kemudahan dalaman. Kemudian kami beralih.

Padang golf Cinta Sayang Resort sungguh indah. Terdapat sebuah tasik di tengah-tengah padang golf, dan pemandangan bertambah indah dengan adanya Gunung Jerai jauh di belakang.

Cinta Sayang Resort, Sungai PetaniPemandangan di padang golf Cinta Sayang Resort. (17 Februari, 2017)


Cinta Sayang Resort, Sungai PetaniSaya dan isteri saya di padang golf Cinta Sayang Resort. (17 Februari, 2017)


Pemandangan tasik di Padang Golf Cinta Sayang ResortPemandangan tasik di Padang Golf Cinta Sayang Resort (17 Februari, 2016)


Saya dan isteri saya masuk kumpulan yang melawat padang golf dahulu. Kami menaiki buggy masuk padang golf. Siap melawat, kami kembali dan beralih dengan kumpulan satu lagi. Kemudahan dalaman yang kami lawati termasuk dewan besar, bilik mesyuarat dan gelanggang skuasy yang tidak lama lagi akan diubahsuai. Kami sempat melihatnya sebelum projek ubahsuai bermula.

Kemudahan fungsi termasuk satu dewan besar, satu dewan yang lebih kecil, dan empat bilik persidangan pelbagai saiz.

Cinta Sayang Resort, Sungai PetaniMeja kenduri di Cinta Sayang Resort. (17 Februari, 2017)


Cinta Sayang Resort, Sungai PetaniDewan besar di Cinta Sayang Resort. (17 Februari, 2017)


Cinta Sayang Resort, Sungai PetaniBilik Persidangan Nadia di Cinta Sayang Resort. (17 Februari, 2017)


Cinta Sayang Resort, Sungai PetaniBilik Persidangan Tasha di Cinta Sayang Resort. (17 Februari, 2017)


Cinta Sayang Resort, Sungai PetaniGelanggan skuasy sebelum diubahsuai, di Cinta Sayang Resort. (17 Februari, 2017)


Habis lawatan, tiba masa makan sekali lagi. Untuk sarapan tengahari, kami dijamu makan Salad Ikan Salmon Salai dan Daging Lembu Tenderloin Panggang. Sekali lagi nampaknya saiz hidangan besar, tetapi tempoh menunggu juga terlampau panjang.

Cinta Sayang Resort, Sungai PetaniBersarapan tengah hari di Cinta Sayang Resort. (17 Februari, 2017)


Cinta Sayang Resort, Sungai PetaniDaging Lembu Tenderloin Panggang di Cinta Sayang Resort. (17 Februari, 2017)


Selepas sarapan tengah hari, kami sempat berehat seketika sahaja sebelum tiba pula acara seterusnya, yakni lawatan ke taman tema air The Carnivall. Saya akan menerangkan lawatan ini pada laman yang asing.

Melawat The Carnivall


Details

Sarapan malam petang itu ialah bufet steamboat. Kali ini, semua makanan siap dihidang di meja-meja, oleh itu tak perlu tunggu lama. Terdapat satu band memain musik menghiburkan kami. Saya minta dimainkan lagu P. Ramlee. Pilihan yang dimainkan malam itu ialah lagu Madu Tiga dari komedi yang sama namanya.

Cinta Sayang Resort, Sungai PetaniPelbagai makanan laut pada bufet steamboat Cinta Sayang Resort. (17 Februari, 2017)


Cinta Sayang Resort, Sungai PetaniPencuci mulut yang berwarna-warni di bufet steamboat Cinta Sayang Resort. (17 Februari, 2017)


Cinta Sayang Resort, Sungai PetaniSemua orang seronok menari kepad lagu Tiga Madu oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. (17 Februari, 2017)


Pada pagi keesokannya, selepas sarapan pagi, saya sempat pergi berenang di kolam renang Cinta Sayang Resort buat kali terakhir sebelum kami bersiap untuk menaiki van untuk perjalanan ke Kuala Kedah, untuk menaiki feri ke Langkawi. Saya akan terangkan lawatan kami ke Langkawi pada laman berasingan.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada kakitangan Cinta Sayang Resort yang telah melayan kami dengan begitu mesra.

Cinta Sayang Resort, Sungai PetaniSaya bersama kakitangan Cinta Sayang Resort yang telah memberi kami layanan penuh mesra. (17 Februari, 2017)

List of Golf Courses in Kedah and Golf Courses in Malaysia

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

 Discover with Timothy YouTube Channel

 Discover with Timothy Food YouTube Channel

 Learn Penang Hokkien YouTube Channel

SojiMart Videos

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Discover with Timothy

Discover With Timothy YouTube Channel

Chowrasta Market Narrated Walking Tour

IKEA Batu Kawan Narrated Walking Tour

Relau Penang Narrated Walking Tour

Medan Bayan Relau Penang Narrated Walking Tour

Fort Cornwallis & The Esplanade Narrated Walking Tour

Padang Kota Lama Narrated Walking Tour

Duke Street & Koh Seang Tat Fountain Garden

Feng Yi Dumplings

Sam Poh Footprint Temple Narrated Walking Tour

Blooms Nursery & Gallery

Bodhi Heart Sanctuary Narrated Walking Tour

Lebuh Bukit Jambul Roundabout Narrated Walking Tour

Bukit Jambul Elevated U-Turn Narrated Walking Tour

Bayan Baru Walking Tour
© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.