Kota Kuala Muda, KedahBandar Kota Kuala Muda di Kedah (1 Ogos, 2015)


English

Kota Kuala Muda (GPS: 5.5868, 100.37588) adalah sebuah bandar kecil yang mendapat namanya dari kubu lama di tepi Sungai Muda. Bandar ini terletak di tempat di mana Sungai Terus mengalir masuk ke Sungai Muda. Di sinilah terasasnya sebuah kampung di mana diletakkan sebuah kubu. Yang tinggal hari ini hanyalah sebuah pintu gerbang kepada kubu tersebut dan juga batu-batu asas yang telah diperlihatkan dalam penggalian arkeologi yang dijalankan di kawasan itu beberapa tahun yang lalu.

Lokasi tempat di Kota Kuala Muda

Tempat-tempat menarik di Kota Kuala Muda

  1. Masjid Kota Kuala Muda (GPS: 5.5868, 100.37419)

  2. Pasar Kota Kuala Muda (GPS: 5.58527, 100.37337)

  3. Pejabat Post Kota Kuala Muda (GPS: 5.58562, 100.37331)

  4. Pintu Gerbang Lama Kota Kuala Muda (GPS: 5.58507, 100.37469)

  5. Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Hoon Bong (GPS: 5.58662, 100.3732)

  6. Tokong Cina Kota Kuala Muda (GPS: .58521, 100.37378)

Pandangan 360° Kota Kuala Muda pada Google Maps Street View



Kota Kuala MudaPintu gerbang Kota Kuala Muda (11 Mac, 2008)

Sejarah Kota Kuala Muda

Nama "Kuala Muda" hari ini merujuk kepada seluruh daerah di selatan negeri Kedah, pada muara Sungai Muda. Sebelum wujudnya negeri Pulau Pinang, Kuala Muda merupakan kawasan jajahan kesultanan Kedah pada kedua-dua belah sungai tersebut. Pada hari ini, di bahagian negeri Pulau Pinang masih terdapat sebuah kampung bernama Kampung Kuala Muda, manakala di Kedah pula terdapat sebuah kampung bernama Kampung Tepi Sungai.

Kuala Muda pada suatu ketika dijadikan ibu kota untuk Kesultanan Kedah. Ini berlaku semasa pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II (1797-1843), iaitu Sultan Kedah yang ke-21. Pada masa itu, Kuala Muda merupakan sebuah pekan di kedua-dua belah Sungai Muda. Sebuah kubu telah dibina di sini untuk mengawal perdagangan bijih timah dan rempah yang melalui sungai ini. Tidak diketahui dengan tepatnya bilakah kubu itu dibina, kebarangkalian pada abad ke-18 ataupun lebih awal daripada itu.

Di seberang sungai dari Kota Kuala Muda ialah Permatang Bendahari, yang pada asalnya bernama Permatang Bendari. Di situ juga terdapat sebuah jeti lama untuk penumpang menyeberang sungai menaiki bot.

Penempatan Kota Kuala Muda telah berkembang setelah pihak British menduduki Pulau Pinang, disebabkan meningkatnya aktiviti perdagangan dengan Pulau Pinang. Pada tahun 1811, Sultan Ahmad Tajuddin telah menjadikan Kuala Muda residennya, untuk mengelakan dari ancaman Siam.

Pada tahun 1821, suatu rampasan kuasa telah berlaku di Kedah, apabila Kota Kuala Muda ditakluki Tengku Yaakob, iaitu adinda kepada Sultan Ahmad Tajuddin. Ini dilakukan dengan bantuan Siam. Setelah beberapa cubaan mendapat kembali kubu di Kota Kuala Muda tidak berjaya, baginda sultan telah memindahkan ibu negeri ke Alor Setar.

Kota Kuala MudaSatu lagi pandangan gerbang Kota Kuala Muda (1 Ogos, 2015)


Kota Kuala MudaMotif bulan sabit dan bintang pada Kota Kuala Muda (11 Mac, 2008)


Kota Kuala MudaPenggalian yang dijalankan ke atas Kota Kuala Muda (11 Mac, 2008)


Kota Kuala MudaBatu asas Kota Kuala Muda (11 Mac, 2008)


Kota Kuala MudaAsas kerang pada Kota Kuala Muda (11 Mac, 2008)

Kota Kuala Muda adalah dalam peta Kedah

Meneroka Daerah Kuala Muda

Daerah Kuala Muda

Daerah Kuala Muda adalah sebuah daerah di selatan Kedah. Ia mempunyai banyak tempat menarik untuk diteroka. Jom kita kenali tempat-tempat ini.

Maklumat

BIBLIOGRAFI

  1. Bygone Kedah, by Dato' James F. Ogosin (1954), published by the State Museum of Kedah Darul Aman.

Senarai Bandar di Kedah and Bandar di Malaysia

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

 Discover with Timothy YouTube Channel

 Discover with Timothy Food YouTube Channel

 Learn Penang Hokkien YouTube Channel

SojiMart Videos

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Discover with Timothy

Discover With Timothy YouTube Channel

Chowrasta Market Narrated Walking Tour

IKEA Batu Kawan Narrated Walking Tour

Relau Penang Narrated Walking Tour

Medan Bayan Relau Penang Narrated Walking Tour

Fort Cornwallis & The Esplanade Narrated Walking Tour

Padang Kota Lama Narrated Walking Tour

Duke Street & Koh Seang Tat Fountain Garden

Feng Yi Dumplings

Sam Poh Footprint Temple Narrated Walking Tour

Blooms Nursery & Gallery

Bodhi Heart Sanctuary Narrated Walking Tour

Lebuh Bukit Jambul Roundabout Narrated Walking Tour

Bukit Jambul Elevated U-Turn Narrated Walking Tour

Bayan Baru Walking Tour
© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.