Petua Melawat KangarPetua Melawat Kangar (31 October, 2009)


English

Petua Melawat Kangar adalah panduan untuk melawat, meneroka dan menikmati bandar Kangar. Kangar (Jawi: كڠار, GPS: 6.44222, 100.19736) ialah ibu negeri dan juga bandar utama Perlis, negeri paling utara di Malaysia. Kangar terletak di tepi Sungai Perlis. Ia mempunyai jumlah penduduk 50,000 orang, menjadikannya ibu negeri yang paling kecil di Malaysia.

Nama Kangar dikatakan berasal dari Kangkok, suatu spesis helang (Spizaetus limnaetu). Walaupun kecil, Kangar sebenarnya lebih tua daripada bandaraya yang lebih besar daripadanya seperti Kuala Lumpur dan Ipoh. Ia diasaskan pada tahun 1653 oleh Tok Peduka, seorang pembesar dalam pemerintahan Sultan Muhyiddin Mansor Shah1 Kangar diasaskan sebagai sebuah pengkalan untuk sampan dan tongkang yang dapat berlayar melalui Sungai Perlis dari Kuala Perlis.

Apabila pihak Bugis dari Selangor menyerang Kedah pada tahun 1771, Sultan Kedah masa itu, Sultan Muhammad Jewa, telah mencari perlindungan di Kangar, yang pada masa itu hanya sebuah kampung kecil.

Lokasi tempat di Kangar dalam peta

Tempat-tempat menarik di Kangar

  1. Dewan Wawasan 2020 (GPS: 6.41494, 100.19482)

  2. Gerbang Masuk Kangar (GPS: 6.4393, 100.19687)

  3. Gereja Our Lady of Fatima (GPS: 6.440609, 100.185546)

  4. Gurdwara Sahib Kangar (GPS: 6.43838, 100.19671)

  5. Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis (GPS: 6.4141, 100.18786)

  6. Kuil Hindu Arulmigu Arumugaswamy Devasthanam (GPS: 6.435766, 100.190755)

  7. Kuil Hindu Arulmigu Kovil Sri Veera Mahakaliamman Alayam (GPS: 6.435766, 100.190755)

  8. Masjid Negeri dan Dewan Warisan

  9. Muzium Negeri Kangar (GPS: 6.43966, 100.1877)

  10. Padang Perbandaran Kangar

  11. Rumah Dato Wan Ahmad (GPS: 6.43725, 100.18608)

  12. Stadium Datuk Sheikh Ahmad

  13. Taman Budaya Perlis (GPS: 6.41233, 100.19446)

  14. Taman Rekreasi Sungai Kechor (GPS: 6.438, 100.19028)

  15. Tokong Dewa Sembilan Maharaja (GPS: 6.440609, 100.185546)

Hotel di Perlis

  1. Hotel Seri Malaysia (GPS: 6.41414, 100.19475)

Tempat Makan di Kangar

  1. Kedai Kopi dan Makanan CCS Embassi (GPS: 6.43612, 100.19104)

Bangunan Kerajaan di Perlis

  1. Kompleks Belia & Sukan Perlis (GPS: 6.44028, 100.19244)

  2. Kompleks JKKN (GPS: 6.41239, 100.19475)

Kategori Tempat di Kangar

Tempat Membeli-belah di Kangar

  1. Kompleks Kayangan Square

  2. Pasar Borong

  3. Pasaraya Aneka (GPS: 6.43692, 100.1941)

Jalanraya di Kangar

Sungai di Kangar

Klinik dan Hospital di Kangar

  1. Hospital Tuanku Fauziah (GPS: 6.44106, 100.19135)

  2. Klinik Kesihatan Kangar (GPS: 6.43941, 100.19014)

  3. Pejabat Kesihatan Kangar (GPS: 6.44337, 100.19102)

Tempat-tempat di Perlis yang berdekatan Kangar

  1. Arau

  2. Bukit Keteri

  3. Bukit Keteri Cement Factory

  4. Gua Kelam

  5. Empangan Timah Tasoh

  6. Bukit Cabang

  7. Kompleks Kraftangan Perlis

  8. Kuala Perlis

  9. Ladang Anggur Perlis

  10. Muzium Kota Kayang

  11. Padang Besar

  12. Pasar Sempadan Wang Kelian

  13. Taman Herba Negeri Perlis

  14. Taman Negeri Wang Kelian

  15. Taman Rekreasi Wang Tangga

  16. Taman Ular & Reptilia Sungai Batu Pahat

  17. Tasik Melati

  18. Universiti Malaysia Perlis

  19. Wat Machimaprasit


Street in KangarStreet in Kangar (31 Oktober, 2009)


Rumah Dato' Wan Ahmad, KangarRumah Dato' Wan Ahmad, Kangar (31 October, 2009)

Pergi ke Kangar

Anda boleh menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan (E1) untuk pergi ke Perlis. Dari E1, susur keluar ke Lebuhraya Changlun-Kuala Perlis. Anda masih berada di Kedah sehingga anda nampak sebuah gerbang berwarna kuning yang menandakan sempadan negeri Perlis. Dari lebuhraya ini, susur keluar di Persimpangan Arau, dan belok kanan ke Jalan Raja Syed Alwi (Laluan Negeri R1) yang menghala ke Kangar. Ikut sahaja papan tanda.

Susur keluar dari Lebuhraya Utara-Selatan ke Lebuhraya Changlun-Kuala Perlis (194).

Arau InterchangeArau Interchange (31 October, 2009)

Meneroka Kangar

Kangar ialah sebuah bandar kecil dengan hanya dua jalanraya utama. Memandu kereta merupakan cara paling mudah untuk meneroka bandar ini. Pada kebanyakan masa, jalanrayanya tidak begitu sesak kalau dibandingkan bandar-bandar lain di Malaysia.

Kangar adalah dalam peta Bandar-bandar di Perlis

Rujukan

1. Blog Kunjungi Perlis

Senarai Bandar di Perlis dan Ibu Negeri di Malaysia

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

 Discover with Timothy YouTube Channel

 Discover with Timothy Food YouTube Channel

 Learn Penang Hokkien YouTube Channel

SojiMart Videos

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Discover with Timothy

Discover With Timothy YouTube Channel

Chowrasta Market Narrated Walking Tour

IKEA Batu Kawan Narrated Walking Tour

Relau Penang Narrated Walking Tour

Medan Bayan Relau Penang Narrated Walking Tour

Fort Cornwallis & The Esplanade Narrated Walking Tour

Padang Kota Lama Narrated Walking Tour

Duke Street & Koh Seang Tat Fountain Garden

Feng Yi Dumplings

Sam Poh Footprint Temple Narrated Walking Tour

Blooms Nursery & Gallery

Bodhi Heart Sanctuary Narrated Walking Tour

Lebuh Bukit Jambul Roundabout Narrated Walking Tour

Bukit Jambul Elevated U-Turn Narrated Walking Tour

Bayan Baru Walking Tour
© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.