Timothy Tye's Travel Encyclopedia
Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu



 Senarai Acara Akan Datang di Pulau Pinang


Untuk menyenaraikan acara, klik sini. Acara anda sekiranya diluluskan akan disenaraikan dengan percuma.

Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, Pulau Pinang (4 Jun 2011)




English

Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu adalah lebuhraya yang melalui bahagian persisiran pantai timur Pulau Pinang. Lebuhraya sepanjang 17.84 kilometer ini juga dikenali sebagai Laluan Persekutuan 3113. Ia bermula di persimpangan Gat Jalan Prangin, bertentangan Pengkalan Weld, dan berakhir di Batu Maung, di persimpangan Jalan Batu Maung dengan Jalan Permatang Damar Laut. Lebuhraya ini merangkumi seluruh bahagian yang dahulunya dikenali sebagai Lebuhraya Persisiran Jelutong dan Lebuhraya Bayan Lepas.

Ketua Menteri Lim Guan Eng mengumumkan penukaran nama lebuhraya ini pada 26 November, 2010, sebagai penghormatan kepada mendiang Tun Dr Lim Chong Eu, Ketua Menteri Pulau Pinang yang kedua, yang telah meninggal dunia pada hari Rabu, 24hb November, 2010. Penamaan lebuhraya ini amat bermakna kepada rakyat Pulau Pinang sebagan penghargaan sumbangan beliau menjadikan negeri ini satu-satunya negeri yang paling membangun di negara.

Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu merupakan jalanraya yang kedua yang diberi nama sempena keluarga Lim, sebab ayah Tun Dr Lim juga diberi penghormatan sebegini apabila Jalan Prangin ditukar namanya kepada Jalan Dr Lim Chwee Leong.

Lokasi tempat sepanjang Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu dalam peta

Tempat-tempat sepanjang Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu

  1. Noordin Street Flats (GPS: 5.41049, 100.33393)

Stesen Minyak sepanjang Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu

  1. Caltex next to e-Gate
  2. Shell at Jalan Perusahaan Jelutong

Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, berdekatan persimpangan Gat Jalan Magazine. (29 November, 2012)


Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu mendekati bahagian pekan lama bandaraya George Town. (6 Februari, 2013)

Senarai Lebuhraya di Malaysia dan Lebuhraya Ekspres di Malaysia



 Halaman Terkini | Latest Updates

 Senarai 717 Jalanraya di Pulau Pinang






Terima kasih atas lawatan anda ke ensiklopedia kembara saya. Sejak saya mula menulisnya pada tahun 2003, ia telah menjadi ensiklopedia karya saya sendiri. Nama saya , juga digelar Tim. Saya penulis laman web sepenuh masa. Saya menulis laman untuk mengumpul segala maklumat yang saya kenali. Untuk mengenali saya dengan lebih dekat, layari ke laman peribadi saya, www.timothytye.com Sejak 2007, saya tidak lagi keluar bekerja agar dapat menumpukan sepenuh masa untuk menulis laman web saya. Saya menerangkan gaya hidup saya dalam laman saya bernama Happy Jobless Guy.

Untuk berhubung dengan saya, sila isikan borang berhubung. Terima kasih, dan jangan lupa ikut saya dekat Facebook!













© 2003-2017 Timothy Tye. Hak Cipta Terpelihara.