Discover with Timothy
21st Anniversary as Content Creator

Adakah Francis Light pengasas Pulau Pinang?

Adakah Francis Light pengasas Pulau Pinang?Adakah Francis Light pengasas Pulau Pinang? (2 November, 2013)


English



Adakah Francis Light pengasas Pulau Pinang? Soalan ini sering saya temui. Apakah hal? Mengapakah sampai ke hari ini, masih terdapat mereka yang nampaknya tidak berpuas hati untuk mengkreditkan Francis Light sebagai pengasas Pulau Pinang? Adakah ini mencerminkan kefasihan Bahasa Inggeris di kalangan generasi kini yang semakin merosot, ataupun ia semata-matanya niat buruk sengaja meremahkan peranan Francis Light? Agar dapat kita nyatakan tanpa keraguan bahawa "Francis Light adalah pengasas Pulau Pinang", kita perlu terlebih dahulu memahami sepenuhnya kenyataan itu.

Saya sendiri tidak menafikan yang Francis Light mengasas Pulau Pinang. Saya berkata demikian dengan penuh pengetahuan bahawa terdapat penempatan di Pulau Pinang yang lebih awal daripada kedatangan Francis Light. Akan tetapi, mereka tidak boleh diambil sebagai pengasas Pulau Pinang, berdasarkan fahaman istilah "founder" (pengasas) dalam Bahasa Inggeris. Biar kita teliti sebabnya.

Seseorang dikreditkan sebagai pengasas (founder) sesuatu entiti moden, sama ada bandar, negeri atau negara, sekiranya penempatan yang diasaskan terus kembang membangun menjadi bandar, negeri atau negara masa kini. Dengan pada itu, kita boleh mengatakan yang Francis Light mengasas Pulau Pinang, sebab penempatan yang diasasnya kembang membangun menjadi Pulau Pinang yang kita kenali hari ini.

Perkataan mengasas (to found) jangan dikelirukan dengan menemu (to discover). Peranan Christopher Columbus menemui Amerika tidak serupa dengan peranan Francis Light mengasas Pulau Pinang.

Terdapat tokoh yang lain termasuk George Leith, Robert Townsend Farquhar, Lim Chong Eu, yang setiap seorang telah menyumbang kepada perkembangan pembangunan Pulau Pinang, tetapi mereka tidak dianggap pengasas. Penghormatan ini dikhaskan untuk orang yang menanam benih untuk pertumbuhan pembangunan yang seterusnya. Sama ada orang ini digemari ramai tidak boleh diambil kira.

Seperti yang telah dikatakan, apabila Francis Light mengasas George Town, dikatakan sudah terdapat penempatan di Batu Uban, Tanjong Tokong dan mungkin juga di Bayan Lepas. Akan tetapi, antara kesemua penempatan ini, George Townlah yang kembang membangun menjadi Pulau Pinang yang dikenali hari ini. Kalau Pulau Pinang yang kita kenali hari ini berkembang hasil daripada penempatan di Batu Uban, maka bolehlah kita nyatakan yang pengasas Batu Uban adalah pengasas Pulau Pinang. Tetapi tidak. Semenjak George Town diasaskan, pembangunannya berkembang sehingga ia menyerap penempatan yang sedia ada menjadi sebahagian daripadanya, dan bukan sebaliknya.

Tujuan saya bukan hendak meremehkan peranan pengasas penempatan-penempatan yang lebih awal daripada George Town. Sebagai pengemar sejarah, saya menghargai peranan setiap pengasas penempatan awal di Pulau Pinang. Tetapi, sejauh fahaman saya, setiap penempatan ini, walaupun mempunyai perhubungan perdagangan dengan tempat-tempat lain, tidak memainkan peranan sebagai pusat pembangunan yang berterusan berubah menjadi Pulau Pinang modern yang dikenali kini.

Tidak kira siapa yang mengasaskan penempatan dahulu, penempatan siapa yang menjadi pemangkin untuk pembangunan progresif yang berterusan dari masa itu sampai ke sekarang, dialah dianggap pengasas. Memang tidak dapat dinafikan yang ketika Francis Light mengasaskan penempatannya, Pulau Pinang bukan tanah yang belum dikenali. Sudah terdapat penempatan di situ. Maka, Pulau Pinang bukan sahaja sudah dikenali, ia pun sudah dimiliki, oleh Sultan Kedah.

Dengan memahami perkataan "founder" (pengasas) maka bolehlah kita nyatakan tanpa sebarang keraguan yang Stamford Raffles adalah founder (pengasas) Singapura manakala Lee Kuan Yew adalah bapa kemerdekaan (founding father) Singapura. Mungkin dalam Bahasa Melayu, istilah "pengasas" dan "bapa kemerdekaan" ternyata tiada sebarang pengeliruan, tetapi kalau dibaca dalam Bahasa Inggeris, mungkin mereka yang kurang fasih akan terkeliru.

Harapan saya ialah supaya kita ketepikan persoalan sama ada Francis Light mengasas Pulau Pinang. Kepada mereka yang menimbulkan persoalan, harapan saya adalah kecenderungan membaca dan menyelidik untuk lebih mengenali Francis Light dan apakah peranan, sumbangan dan pengorbanannya kepada pembangunan Pulau Pinang. Seperti kata orang, tak kenal maka tak sayang. Tanpa Francis Light, penempatan awal seperti Batu Uban dan Tanjong Tokong akan kekal tidak beza daripada kampung-kampung persisiran pantai yang lain di Kedah.

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

 Discover with Timothy YouTube Channel

 Discover with Timothy Food YouTube Channel

 Learn Penang Hokkien YouTube Channel

SojiMart Videos

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Discover with Timothy

Discover With Timothy YouTube Channel

Chowrasta Market Narrated Walking Tour

IKEA Batu Kawan Narrated Walking Tour

Relau Penang Narrated Walking Tour

Medan Bayan Relau Penang Narrated Walking Tour

Fort Cornwallis & The Esplanade Narrated Walking Tour

Padang Kota Lama Narrated Walking Tour

Duke Street & Koh Seang Tat Fountain Garden

Feng Yi Dumplings

Sam Poh Footprint Temple Narrated Walking Tour

Blooms Nursery & Gallery

Bodhi Heart Sanctuary Narrated Walking Tour

Lebuh Bukit Jambul Roundabout Narrated Walking Tour

Bukit Jambul Elevated U-Turn Narrated Walking Tour

Bayan Baru Walking Tour
© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.