Sunway LagoonSunway Lagoon
photo sourcehttp://commons.wikimedia.org/wiki/File:SW_Sunway_Lagoon_2.jpg
authorshipLerdsuwa
photo licensing

English

Sunway Lagoon (GPS: 3.06953, 101.60728) ialah sebuah taman tema air di Petaling Jaya, Selangor. Ia dibuka pada 24hb Oktober 1992, dengan pembukaan rasmi dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad pada 29hb April, 1993. Taman tema ini telah memenangi dua daripada anugerah pelancongan untuk tahun 1994 dan 1995 bagi sumbangannya kepada industry pelancongan dan tempat hiburan terbaik.

Terdapat lima kawasan bertema di Sunway Lagoon iaitu Water Park, Amusement Park, Wildlife Park, Extreme Park dan Screme Park. Taman tema air Sunway Lagoon adalah satu-satunya taman tema air yang terletak 150 kaki di bawah paras jalan. Pelawat perlu menaiki eskalator untuk sampai ke taman tema ini.

Adventure Park ialah sebuah taman tema 5 ekar yang dibuka pada bulan Mac, 1994. Fort Lagoon Wild Wild West pula dibina dengan kos RM30 juta. Kolam ombak buatan manusia ialah sebuah kolam 13,000 meter persegi. Ia mempunyai mesin yang mengeluarkan ombak setinggi 8 kaki yang menghala ke pantai buatan manusia. Sunway Lagoon juga mempunyai titi gantung yang terpanjang di Malaysia. Ia adalah 450 meter panjang merentangi kolam renang.

Juga terletak di Sunway Lagoon ialah Sunway Lagoon Resort, sebuah hotel resort tema berintegrasi yang pertama di Malaysia. Ia mempunyai sebuah hotel 5 bintang dengan pusat membeli-belah dan kemudahan lain.

Bayaran Masuk

Sejak Mei 2017, harga tiket untuk masuk ke Sunway Lagoon adalah seperti berikut:

Kadar Jalan-Masuk
Kadar Jalan-Masuk termasuk kesemua tarikan di taman ini, kecuali aktiviti bayar-sekali-guna seperti Bungy Jump, G-Force X dan Go Kart. Harganya RM170 (dewasa berumur 13 tahun dan lebih), RM140 (kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah, warga emas berumur 60 tahun ke atas).

Pemegang MyKad boleh membeli tiket khas untuk holders can purchase tickets applicated to pemegang MyKad terus dari kaunter tiket Sunway Lagoon. Mereka mesti membawa bersama MyKad (atau MyKid) mereka untuk menikmati kadar RM120 (dewasa berumur 13 tahun ke atas), RM96 (kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah, warga emas berumur 60 tahun ke atas).

Anda juga boleh membeli tiket Sunway Lagoon secara online pada kadar online. Tiket untuk pelawat antarabangsa ialah RM153 (dewasa berumur 13 tahun ke atas), RM126 (kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah, warga emas berumur 60 tahun ke atas). Untuk rakyat Malaysia, kadar online ialah RM120 (dewasa berumur 13 tahun ke atas) dan RM96 (kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah, warga emas berumur 60 tahun ke atas).

Kadar untuk aktiviti bayar-sekali-guna termasuk Bungy Jump pada RM138 (RM80 dengan MyKad), G-Force X pada RM64 (RM32 dengan MyKad) dan Go-Kart, pada RM22 sekali tunggang untuk Go-Kart satu kerusi dan EM27 sekali tunggang untuk Go-Kart dua kerusi. Tiket kombo untuk Bungy Jump dengan G-Force X ialah RM160 (RM101 dengan MyKad).

Sunway Lagoon adalah dalam peta Selangor



[an error occurred while processing this directive]

10 Tarikan Pelancongan Utama di Selangor

Merancang untuk melawat Selangor? Biar saya syorkan 10 tempat menarik untuk pilihan anda.

Maklumat

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

 Discover with Timothy YouTube Channel

 Discover with Timothy Food YouTube Channel

 Learn Penang Hokkien YouTube Channel

SojiMart Videos

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Discover with Timothy

Discover With Timothy YouTube Channel

Chowrasta Market Narrated Walking Tour

IKEA Batu Kawan Narrated Walking Tour

Relau Penang Narrated Walking Tour

Medan Bayan Relau Penang Narrated Walking Tour

Fort Cornwallis & The Esplanade Narrated Walking Tour

Padang Kota Lama Narrated Walking Tour

Duke Street & Koh Seang Tat Fountain Garden

Feng Yi Dumplings

Sam Poh Footprint Temple Narrated Walking Tour

Blooms Nursery & Gallery

Bodhi Heart Sanctuary Narrated Walking Tour

Lebuh Bukit Jambul Roundabout Narrated Walking Tour

Bukit Jambul Elevated U-Turn Narrated Walking Tour

Bayan Baru Walking Tour
© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.