Pantai Morib, SelangorPromenade at Pantai Morib, Selangor (6 Julai, 2016)


English

Pantai Morib (GPS: 2.74853, 101.44325) ialah sebuah kawasan persisiran pantai yang popular di Selangor. Ia terletak dekat Simpang Morib, lebih kurang 12 km ke selatan bandar Banting. Orang tempatan sering berkunjung ke tempat ini untuk berkelah di kawasan yang ditanam dengan pokok ru. Terdapat sebuah taman persisiran pantai dengan tugu peringatan untuk pendaratan tentera British dan Indian pada 9hb September 1945.

Pada dekad-dekad kemudian, Pantai Morib telah dibangunkan sebagai kawasan pantai rekreasi. Sebuah laluan pejalan kaki telah dibina disini agar pelawat dapat menikmati pemandangan tepi pantai. Satu daripada ciri tempat ini ialah skulptur burung laut (namun masa saya melawat, satu daripadanya telah terjatuh).

Laut di Pantai Morib agak cetek. Oleh itu, pelawat dapat berjalan di gigi air untuk jarak yang agak jauh, terutamanya semasa air surut. Ketika saya melawat, saya dapati banyak pengunjung yang berjalan di dalam laut. Nampaknya mereka langsung tidak khuatir yang air akan naik, mungkin sebab mereka agak faham akan keadaan laut di Morib. Hari itu cuaca sangat panas. Oleh itu, penjaja aiskrim mendapat bisnes yang laris.

Di bahagian taman pula, kami nampak sebuah tempat bernama Seashell Square, di mana terdapat papan tanda mengenai siput. Hari kami di Pantai Morib, banyak juga orang yang datang. Saya dapati tandas di sini dijaga dengan baik. Tandasnya dalam dua bangunan beraskingan pada laluan yang dipanggil Persiaran Jugra. Mesti bayar kalau nak guna, tetapi terdapat kemudahan mandi di sini.

Pantai Morib adalah dalam peta Pantai di Selangor

Bagaimana pergi ke Pantai Morib

Untuk pergi ke Pantai Morib dari Kuala Lumpur, pandu menghala ke Putrajaya. Contohnya, guna Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya E20 sampai ke penghujungnya, kemudian teruskan pada Lingkaran Putrajaya E6 menghala ke barat. Ini akan membawa anda ke Lebuhraya ELITE E6, dan kemudiannya Lebuhraya SKVE E26. Susur keluar dari SKVE pada Telok Panglima Garang. Teruskan dengan menggunakan jalanraya tempatan hingga sampai di Pantai Morib. Rujuk kepada peta di bawah.

Tempat-tempat di Pantai Morib

Tugu Peringatan Perang Dunia Kedua II Pantai Morib

GPS: 2.74853, 101.44325

Maklumat

Pantai Morib, SelangorSaya dan isteri saya di Pantai Morib, Selangor (6 Julai, 2016)


Pantai Morib, SelangorLaluan pejalan kaki di Pantai Morib, Selangor (6 Julai, 2016)


Pantai Morib, SelangorPelawat berjalan kaki di dalam laut di Pantai Morib (6 Julai, 2016)


Pantai Morib, SelangorSkulptur burung laut di Pantai Morib (6 Julai, 2016)


Pantai Morib, SelangorPelawat India di Pantai Morib (6 Julai, 2016)


Pantai Morib, SelangorPenjaja aiskrim di Pantai Morib (6 Julai, 2016)


Medan Siput Pantai MoribMedan Siput di Pantai Morib (6 Julai, 2016)


Tandas di Pantai MoribTandas di Pantai Morib (6 Julai, 2016)


Pantai Morib, SelangorPokok ketapang di tepi pokok tiruan di Pantai Morib (6 Julai, 2016)

Pandangan 360° Pantai Morib pada Google Maps Street View

Peringatan untuk askar tentera British dan India yang mendarat di Pantai Morib pada tahun 1945.

Gold Coast Morib Resort.

Senarai Pantai di Selangor dan Pantai di Malaysia

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

 Discover with Timothy YouTube Channel

 Discover with Timothy Food YouTube Channel

 Learn Penang Hokkien YouTube Channel

SojiMart Videos

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Discover with Timothy

Discover With Timothy YouTube Channel

Chowrasta Market Narrated Walking Tour

IKEA Batu Kawan Narrated Walking Tour

Relau Penang Narrated Walking Tour

Medan Bayan Relau Penang Narrated Walking Tour

Fort Cornwallis & The Esplanade Narrated Walking Tour

Padang Kota Lama Narrated Walking Tour

Duke Street & Koh Seang Tat Fountain Garden

Feng Yi Dumplings

Sam Poh Footprint Temple Narrated Walking Tour

Blooms Nursery & Gallery

Bodhi Heart Sanctuary Narrated Walking Tour

Lebuh Bukit Jambul Roundabout Narrated Walking Tour

Bukit Jambul Elevated U-Turn Narrated Walking Tour

Bayan Baru Walking Tour
© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.