Kafe Spice Market, Rasa Sayang ResortKafe Spice Market, Rasa Sayang Resort (26 Mac, 2017)


English

Kafe Spice Market ialah sebuah restoran informal di Rasa Sayang Resort & Spa. Ia terletak di bahagian Garden Wing resort tersebut, dan menawarkan sarapan bufet dengan pelbagai jenis masakan termasuk masakan Cina, Nyonya, India, Jepun, Korea, Thai, Barat dan Antarabangsa.

Apabila anda masuk kafe ini, anda mula-mula melalui bahagian yang dipanggil Spice Boutique. Bahagian ini adalah galeri dan juga butik yang mempamerkan rempah ratus yang didapati di Asia, khususnya kawasan Nusantara. Bagi pelawat asing, butik ini memberikan gambaran kepada rempah ratus yang begitu mustahak dalam perdagangan masa lampau, yang menjadi sebab utama kuasa-kuasa barat telah tertarik kepada rantau ini beratus tahun dahulu. Sebuah papan interpretif menerangkan sejarah perdagangan rempah, termasuk aktiviti Syarikat Hindia Timur Inggeris, dan peranan rempah dalam sejarah Pulau Pinang. Kebanyakan rempah yang terdapat di Spice Boutique boleh dibeli untuk dibawa pulang sebagai bahan kenangan.

Saya dan isteri saya telah berpeluang menikmati bufet tengahari di Kafe Spice Market pada hari Ahad, 26hb Mac, 2017. Kami tiba kira-kira pukul 12:00 tengahari, apabila segala hidangan baharu sahaja siap disaji. Banyaknya makanan! Setiap jenis dikumpul pada kaunter yang berlainan, bergantung kepada jenis masakan. Di bahagian makanan laut terdapat ketam, udang krai yabby, kupang dan udang. Di sebelahnya pula terdapat makanan Jepun termasuk sushi, sashimi dan tempura, dan juga sayuran jeruk Jepun.

Mereka yang ingin membuka selera dengan salad akan mendapati pelbagai jenis salad di bahagian pembuka selera. Terdapat cold cuts, ikan salmon salai dengan kaper, dan sekurang-kurangnya tiga jenis keju termasuk Keju Emmental, Brie dan Keju Biru (satu-satunya makanan yang masih mengejutkan saya), bersama makanan iringan seperti gajus, kismis, zaitun hitam, cendawan panggang dan banyak lagi.

Di satu bahagian lagi, kami dapati masakan India. Terdapat beberapi jenis roti India dan juga ayam tandoori. Selain itu, terdapat makanan panggang seperti daging kambing dan lembu panggang dan juga sosej ayam. Kalau terasa masih tak cukup, terdapat pula satu bahagian dengan berjenis-jenis sajian yong tau foo.

Bufet di Kafe Spice Market merupakan satu daripada bufet yang lebih elok yang pernah saya nikmati. Walaupun saya tidak berupaya mencuba setiap hidangan, yang saya cuba, saya suka. Ya, setiap hidangan yang saya cuba memang menepati tahap yang boleh diharap daripada Rasa Sayang Resort & Spa.

Akhil sekali, kalau anda suka makanan yang manis, anda tak akan kecewa di sini. Setelah habis mencuba makanan savouri, beredar kita ke bahagian pencuci mulut. Di sini terdapat berjenis-jenis kek dan kuih-muah, termasuk puding dan aiskrim! Antara kek yang ada di sini, saya telah nampak Bavaroise Strawberi, tart Pecan, kek keju Marmar dan kek St. Honoré, antaranya. Saya pun mencubalah seberapa banyak yang perut mampu isi. Kalau suka pencuci mulut yang manis-manis, sediakan perut anda!

Bufet tengahari di Kafe Spice Market ialah satu-satunya bufet yang saya dan isteri saya amat seronok nikmati. Kami melafaskan penghargaan kepada Pengarah Komunikasi Rasa Sayang Resort & Spa, Tunku Suleiman Tunku Abdul Rahman, kerana telah memberi kami kesempatan untuk menikmatinya. Kalau peluang mengizinkan, cubalah bufet ini!

Tempahan

Untuk tempahan bufet pada Kafe Spice Market, sila hubungi Rasa Sayang Resort & Spa pada (60 4) 888 8888.

Kafe Spice Market, Rasa Sayang ResortSaya dan isteri saya di Spice Boutique, pada pintu masuk ke Kafe Spice Market (26 Mac, 2017)


The Spice BoutiqueThe Spice Boutique (26 Mac, 2017)


Kafe Spice Market, Rasa Sayang ResortDewan makan di Kafe Spice Market, Rasa Sayang Resort (26 Mac, 2017)


Kafe Spice Market, Rasa Sayang ResortKafe Spice Market, Rasa Sayang Resort (26 Mac, 2017)


Kafe Spice Market, Rasa Sayang ResortSous Chef Danny Lee memberi tanda hebat kepada makanan di Kafe Spice Market (26 Mac, 2017)


Kafe Spice Market, Rasa Sayang ResortKetam spanner crab, yang juga dipanggil Ranina Ranina, di Kafe Spice Market (26 Mac, 2017)


Kafe Spice Market, Rasa Sayang ResortYabby, iaitu udang krai air tawar, di Kafe Spice Market (26 Mac, 2017)


Kafe Spice Market, Rasa Sayang ResortKupang di Kafe Spice Market (26 Mac, 2017)


Kafe Spice Market, Rasa Sayang ResortSotong kurita kecil, kimchi, dan sajian iringan Jepun di Kafe Spice Market (26 Mac, 2017)


Kafe Spice Market, Rasa Sayang ResortBeberapa jenis keju dan jem di Kafe Spice Market (26 Mac, 2017)


Kafe Spice Market, Rasa Sayang ResortAyam panggang di meja potong pada Kafe Spice Market (26 Mac, 2017)


Kembali ke laman utama Shangri-La's Rasa Sayang Resort & Spa


Maklumat

Senarai Restoran di Penang dan Restoran di Malaysia

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

 Discover with Timothy YouTube Channel

 Discover with Timothy Food YouTube Channel

 Learn Penang Hokkien YouTube Channel

SojiMart Videos

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Discover with Timothy

Discover With Timothy YouTube Channel

Chowrasta Market Narrated Walking Tour

IKEA Batu Kawan Narrated Walking Tour

Relau Penang Narrated Walking Tour

Medan Bayan Relau Penang Narrated Walking Tour

Fort Cornwallis & The Esplanade Narrated Walking Tour

Padang Kota Lama Narrated Walking Tour

Duke Street & Koh Seang Tat Fountain Garden

Feng Yi Dumplings

Sam Poh Footprint Temple Narrated Walking Tour

Blooms Nursery & Gallery

Bodhi Heart Sanctuary Narrated Walking Tour

Lebuh Bukit Jambul Roundabout Narrated Walking Tour

Bukit Jambul Elevated U-Turn Narrated Walking Tour

Bayan Baru Walking Tour
© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.