Discover with Timothy
21st Anniversary as Content Creator

Bufet Sinaran Ramadan di Ixora Hotel Penang

Bufet Sinaran Ramadan di Ixora HotelBufet Sinaran Ramadan di Ixora Hotel (3 Jun, 2017)


English

Hotel Ixora telah melancarkan bufet Ramadannya. Tema bufet tahun ini ialah Sinaran Ramadan. Ia menawarkan pelbagai hidangan untuk membuka selera sarapan Iftar. Bufet ini diadakan di tempat makan utama hotel tersebut, iaitu The Straits Cafe, dan berlangsung dari 1hb hingga 21hb Jun, 2017, antara 7:00pm dengan 10:00pm. Bufet ini membawa harga RM75 bersih untuk orang dewasa dan RM48 bersih untuk kanak-kanak berumur 4-12. Selain itu, terdapat cabutan bertuah dengan hadiah-hadiah termasuk motosikal, television skrin rata dan pembersih udara.

Tempahan

Untuk membuat tempahan bagi bufet Sinaran Ramadan Hotel Ixora, sila hubungi hotel tersebut pada talian +60 4 382 8888, emel info@ixorahotel.com atau layari laman web www.ixorahotel.com.

Bufet Sinaran Ramadan di Ixora HotelBufet Sinaran Ramadan di Ixora Hotel
© Ixora Hotel Penang

Bufet Sinaran Ramadan di Ixora HotelSaya dan isteri saya di Bufet Sinaran Ramadan Hotel Ixora Penang. (3 Jun, 2017)

Tinjauan Bufet Sinaran Ramadan

Saya dan isteri saya amat bangga berpeluang menikmati Bufet Sinaran Ramadan atas jemputan Hotel Ixora pada 3hb Jun, 2017. Ini merupakan kali pertama kami berkunjung ke hotel ini. Kami telah tiba agak awal, apabila bufet tersebut tengah disiapkan. Oleh itu, kami pun duduk di lobi seketika sementara menunggu rakan-rakan blogger kami yang lain tiba. Kemudian kami masuk ke Straits Cafe bersama-sama, di mana kami diterima dengan mesranya oleh Eksekutif Pasaran hotel tersebut, Cik Shawn Leong.

Hidangan Iftar Ramadan disajikan pada meja-meja meliputi seluruh dewan makan. Banyaknya hidangan yang enak di sini. Ia dikumpulkan mengikut jenis. Ulam-ulaman dan kerabu dihimpunkan dekat pintu masuk, bersama sos dan sambal, dan disebelah bertentangannya, terdapat berjenis-jenis minuman. Jauh sedikit, terdapat hidangan utama, dan di bahagian dewan yang satu lagi, didapati berjenis-jenis kuih-muih dan juadah, termasuk kek dan puding. Selain itu, terdapat juga pelbagai jenis buah kurma.

Di sebelah luar ruang restoran, terdapat beberapa gerai lagi. Yang utama ialah gerai kambing golek. Masa kami tiba, ia masih tengah dipanggang. Selain itu, terdapat juga gerai untuk ais kacang dan cendol, sebuah gerai mee bandung, sebuah gerai rojak dan juga gerai untuk Bihun Singapura. Terdapat juga ais krim, tetapi masa saya temui gerai ais krim, saya pun sudah terlampau kenyang dan tidak dapat menikmatinya.

Hidangan pada bufet Sinaran Ramadan beraneka jenis dan kebanyakannya sedap-sedap belaka. Alangkah baik kalau perut saya dapat muat lebih! Saya dan isteri saya sungguh seronok menikmati sajian yang terdapat di bufet ini, dan kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Hotel Ixora Penang atas jemputannya kepada kami.

Bufet Sinaran Ramadan di Ixora HotelSambal, Keropok dan Kerabu. (3 Jun, 2017)


Bufet Sinaran Ramadan di Ixora HotelBubur Lambuk Berempah (3 Jun, 2017)


Bufet Sinaran Ramadan di Ixora HotelMasak Lemak Citi Api Tauhu dengan Pucuk Paku (3 Jun, 2017)


Bufet Sinaran Ramadan di Ixora HotelTelur Kurma (3 Jun, 2017)


Bufet Sinaran Ramadan di Ixora HotelSotong Goreng Kunyit. (3 Jun, 2017)


Bufet Sinaran Ramadan di Ixora HotelSiput Lala Berjintan. (3 Jun, 2017)


Bufet Sinaran Ramadan di Ixora HotelKupang. (3 Jun, 2017)


Bufet Sinaran Ramadan di Ixora HotelGulai Ayam Betik Muda. (3 Jun, 2017)


Bufet Sinaran Ramadan di Ixora HotelNasi Lobak Merah. (3 Jun, 2017)


Bufet Sinaran Ramadan di Ixora HotelAis Kacang dan Cendol "Buat Sendiri". (3 Jun, 2017)


Bufet Sinaran Ramadan di Ixora HotelRojak Buah-buahan. (3 Jun, 2017)


Bufet Sinaran Ramadan di Ixora HotelMee Bandung. (3 Jun, 2017)


Bufet Sinaran Ramadan di Ixora HotelBihun Singapura. (3 Jun, 2017)


Bufet Sinaran Ramadan di Ixora HotelShawarma Ayam. (3 Jun, 2017)


Bufet Sinaran Ramadan di Ixora HotelKek. (3 Jun, 2017)


Bufet Sinaran Ramadan di Ixora HotelKuih Raya. (3 Jun, 2017)


Bufet Sinaran Ramadan di Ixora HotelPelbagai buah kurma. (3 Jun, 2017)


Bufet Sinaran Ramadan di Ixora HotelKon ais krim Cornetto. (3 Jun, 2017)


Kembali ke laman utama Hotel Ixora


Maklumat

Senarai Hotels in Penang and Hotels in Malaysia

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

 Discover with Timothy YouTube Channel

 Discover with Timothy Food YouTube Channel

 Learn Penang Hokkien YouTube Channel

SojiMart Videos

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Discover with Timothy

Discover With Timothy YouTube Channel

Chowrasta Market Narrated Walking Tour

IKEA Batu Kawan Narrated Walking Tour

Relau Penang Narrated Walking Tour

Medan Bayan Relau Penang Narrated Walking Tour

Fort Cornwallis & The Esplanade Narrated Walking Tour

Padang Kota Lama Narrated Walking Tour

Duke Street & Koh Seang Tat Fountain Garden

Feng Yi Dumplings

Sam Poh Footprint Temple Narrated Walking Tour

Blooms Nursery & Gallery

Bodhi Heart Sanctuary Narrated Walking Tour

Lebuh Bukit Jambul Roundabout Narrated Walking Tour

Bukit Jambul Elevated U-Turn Narrated Walking Tour

Bayan Baru Walking Tour
© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.