Discover with Timothy
21st Anniversary as Content Creator

Bufet Ramadan Sajian Dapur Nelayan di Hotel Sunway

Sajian Dapur Nelayan, di Hotel Sunway Seberang JayaSajian Dapur Nelayan, di Hotel Sunway Seberang Jaya (24 Mei, 2017)


Sunway Hotel Seberang Jaya dan Sunway Hotel Georgetown telah melancarkan bufet Iftar Ramadan untuk 2017. Tema tahun ini ialah Sajian Dapur Nelayan. Bufet ini akan diadakan di kedua-dua hotel tersebut dari 29hb Mei hingga 23hb Jun, 2017, dari 7:00pm hingga 10:00pm. Selain itu, pada Hari Raya, suatu bufet sarapan tengahari bergelar Bingkisan Aidilfitri akan diadakan dari 12:00pm hingga 2:30pm pada 25hb Jun, 2017. Bufet di kedua hotel tersebut membawa harga RM69.00 bersih (dewasa) dan RM45 bersih (kanak-kanak berumur 4-12 tahun, dan warga emas berusia 55 tahun ke atas). Selain daripada itu, Sunway juga akan mengadakan sebuah majlis Ramadan yang lebih besar di Pusat Konvensyen Sunway Carnival. Di sana, bufetnya adalah RM99 bersih (dewasa) dan RM48 (kanak-kanak berumur 4-12 tahun, dan warga emas berusia 55 tahun ke atas)

Terdapat diskaun tempahan awal sebanyak 20% untuk tempahan bufet yang diadakan antara 29hb Mei hingga 2hb Jun, 2017.

Tempahan

Untuk membuat tempahan untuk Bufet Ramadan Sajian Dapur Nelayan oleh Sunway, sila hubungi Sunway Hotel Seberang Jaya pada +604 370 7788 atau Sunway Hotel Georgetown pada +604 229 9988.

Tinjauan Bufet Sajian Dapur Nelayan

Saya dan isteri saya amat bangga kerana telah menerima jemputan dari Sunway Hotel Seberang jaya untuk menghadiri bufet Sajian Dapur Nelayan pada 24hb Mei, 2017. Sebenarnya hotel ini telah berhasrat menjemput saya pada tarikh yang lebih awal. Malangnya saya telah menerima jemputan yang lain pada tarikh itu. Pada tarikh lain yang dicadangkan saya pula tiada di tanah air. Oleh itu, jemputannya kepada saya dialihkan ke 24hb Mei. Saya amat berterima kasih kepada hotel ini kerana sudi mengubah tarikh buat saya.

Saya amat gembira berpeluang menghadiri bufet Ramadan ini. Sebaik sahaja kami tiba di Hotel Sunway Seberang Jaya, kami dapati restorannya, Sun Café, telah dihias dengan cantik untuk menyambut Ramadan. Mereka juga telah mengundang sebuah kumpulan muzik untuk mendendangkan lagu-lagu tradisional Melayu untuk menghiburkan para tetamu.

Sajian Ramadan dari Hotel Sunway sungguh bagus. Tahniah diucapkan kepada Sous Chef Hamizi yang mengetuai pasukan dapur. Hidangan yang sempat saya tinjau malam ini memberi pandangan terhad kepada menu mingguan merangkumi 6 kombinasi yang akan diputar-putarkan. Dengan ini, tetamu berulang akan dapat menikmati hidangan yang berlainan.

Saya amat gemari Nasi Briyani yang dihidangkan. Ia sesuai dimakan bersama Kari Kepala Ikan dan Daging Rendang Tok. Bubur Lambuk juga amat sedap. Ini bukan kali pertama saya nikmati Bubur Lambuk di Hotel Sunway, dan setiap kali Bubur Lambuk Sunway sedap dan tidak mengecewakan. Hidangan yang lain termasuk Ayam Masak Lemak Cili Padi dengan Rebung, Tempe Goreng Kacang Buncis Bercili, Sayur Campur Aneka, Ketam Berempah, Udang Sambal Daun Selasih, Sayur Lodeh Campur Tempeh, Sotong Sumbat Percik, dan Sayur Nangka Ikan Masin. Dan itupun sebahagian sahaja sajian malam tersebut.

Pada gerai-gerai berasingan di seluruh restoran, disediakan sajian yang berlainan, termasuk Kerabu, Rojak, Salat, Keropok, Bubur Lambuk, Soto, Paha Kambing Panggang, Pasembur, Laksa, dan Roti Canai.

Puas menikmati lauk-pauk, kami beredar pula ke meja pencuci mulut. Di sini terdapat pelbagai jenis juadah dan kuih-muih. Terdapat juga Bubur Pengat Pisang, tiga jenis kurma, kek, puding, jeli dan mousse.

Sekali lagi menghadiri bufet, sekali lagi saya makan terlampau banyak! Oleh itu, terasalah amat kenyang. Tetapi berasa puas hati, kerana kesemua hidangan sedap-sedap belaka. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Sunway Hotel Seberang Jaya kerana telah menjemput kami untuk menikmati bufet ini.

Sajian Dapur Nelayan, di Hotel Sunway Seberang JayaSous Chef Hamizi Bin Hamid dengan Kambing Panggang. (24 Mei, 2017)


Sajian Dapur Nelayan, di Hotel Sunway Seberang JayaBakul berisi buah-buahan yang dicorakkan. (24 Mei, 2017)


Sajian Dapur Nelayan at Sunway HotelsUlam, sos, keropok dan salad. (24 Mei, 2017)


Sajian Dapur Nelayan at Sunway HotelsSebakul ulam-ulaman. (24 Mei, 2017)


Sajian Dapur Nelayan at Sunway HotelsSalat Nenas. (24 Mei, 2017)


Sajian Dapur Nelayan at Sunway HotelsCorakan Buah-buahan untuk Bufet Iftar Sunway Hotel Seberang Jaya. (24 Mei, 2017)


Sajian Dapur Nelayan at Sunway HotelsBriyani Rice. (24 Mei, 2017)


Sajian Dapur Nelayan at Sunway HotelsKari Kepala Ikan. (24 Mei, 2017)


Sajian Dapur Nelayan at Sunway HotelsAyam Masak Lemak Cili Padi dengan Rebung. (24 Mei, 2017)


Sajian Dapur Nelayan at Sunway HotelsSayur Lodeh Campur Tempeh. (24 Mei, 2017)


Sajian Dapur Nelayan at Sunway HotelsSayur Campur Aneka. (24 Mei, 2017)


Sajian Dapur Nelayan at Sunway HotelsKetam Berempah. (24 Mei, 2017)


Sajian Dapur Nelayan at Sunway HotelsUdang Berempah Daun Selasih. (24 Mei, 2017)


Sajian Dapur Nelayan at Sunway HotelsSotong Sumbat Percik. (24 Mei, 2017)


Sajian Dapur Nelayan at Sunway HotelsBubur Lambuk Daging. (24 Mei, 2017)


Sajian Dapur Nelayan at Sunway HotelsPelbagai Kuih-Muih. (24 Mei, 2017)


Sajian Dapur Nelayan at Sunway HotelsCrème Brûlée. (24 Mei, 2017)


Sajian Dapur Nelayan at Sunway HotelsSaya dan isteri saya bersama pasukan Hotel Sunway di bot Sajian Dapur Nelayan. (24 Mei, 2017)


Kembali ke laman utama Sunway Hotel Seberang Jaya


Maklumat

Senarai Hotel di Penang dan Hotel di Malaysia

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

 Discover with Timothy YouTube Channel

 Discover with Timothy Food YouTube Channel

 Learn Penang Hokkien YouTube Channel

SojiMart Videos

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Discover with Timothy

Discover With Timothy YouTube Channel

Chowrasta Market Narrated Walking Tour

IKEA Batu Kawan Narrated Walking Tour

Relau Penang Narrated Walking Tour

Medan Bayan Relau Penang Narrated Walking Tour

Fort Cornwallis & The Esplanade Narrated Walking Tour

Padang Kota Lama Narrated Walking Tour

Duke Street & Koh Seang Tat Fountain Garden

Feng Yi Dumplings

Sam Poh Footprint Temple Narrated Walking Tour

Blooms Nursery & Gallery

Bodhi Heart Sanctuary Narrated Walking Tour

Lebuh Bukit Jambul Roundabout Narrated Walking Tour

Bukit Jambul Elevated U-Turn Narrated Walking Tour

Bayan Baru Walking Tour
© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.