Discover with Timothy
21st Anniversary as Content Creator

Eastin Hotel Penang Ramadhan Buffet

Eastin Ramadhan Buffet 2017Eastin Ramadhan Buffet 2017 (27 April, 2017)


English

Eastin Hotel Penang telah melancarkan Bufet Ramadhan untuk tahun 2017 dengan membawa tema Masakan Kampung. Bufet tahun ini menawarkan pelbagai masakan kampung yang asli untuk memberi kenangan berbuka puasa di kampung.

Maklumat Bufet

Harga Bufet Ramadhan Eastin Hotel Penang ditetapkan pada RM120net. Baucer Ramadhan boleh didapati dengan harga RM95net dan sah digunakan dari 28hb Mei hingga 24hb Jun, 2017. Baucer boleh dibeli terus dari hotel. Selain itu, Eastin Hotel juga menawarkan harga media sosial pada RM100net. Untuk mendapatkannya, sila cetak Baucer Ramadhan yang terdapat pada Pos FB Eastin Hotel Penang.

Tempahan

Untuk membuat tempahan atau mendapat lebih keterangan, sila hubungi Eastin Hotel Penang pada 04 612 1128 atau emel info.pg@eastin.com, atau layari www.eastin.com dan Eastin Facebook Page.

Ulasan Bufet Ramadhan Eastin Hotel Penang

Saya dan isteri saya telah berpeluang menikmati pelbagai hidangan yang telah disediakan oleh pasukan masakan Eastin untuk ulasan makanan Bufet Ramadhan. Banyak hidangan yang disediakan, termasuk hidang sorotan termasuk Kambing Golek Beratur Panjang dan Sup Gearbox.

Bilangan hidangan yang sedia ada sungguh menakjubkan. Kami telah bermula dengan menikmati buah-buahan, sebelum mencuba hidangan-hidangan utama. Antara buah-buahan yang dihidangkan termasuk nangka, tembikai, pisang, strawberi, buah pir, buah plum, buah kiwi, dan banyak lagi. Hidangan utama pula termasuk Udang Oatmeal "Memang Pedas", Ayam Masak Merah (yang sungguh pedas dan sedap), Ikan Tenggiri Gulai Kampung, Pulut & Lemang, Gulai Daging Kawah, Kawah Pedas Kambing, Gulai Daging Tongkat Ali dan Gulai Sotong.

Di sini terdapat juga rojak. Namanya Rojak Mambo. Saya berpeluang menyediakannya sendiri, dengan memilih buah-buahan yang dikehendaki dan kemudian dicampur satu dua sudu besar sos rojak, dikacau sampai rata, dan Rojak Mambo saya pun dah siap!

Selain masakan Melayu, Eastin Hotel juga menyediakan pelbagai masakan antarabangsa, dari sushi, sashimi, pelbagai jenis roti dan salad. Juga ditawarkan adalah Masala Thosai Kambing, Tandoori Ayam, Biryani Bombay, dan Roti Naan.

Setelah puas dengan hidangan utama, kami beredar pula ke bahagian pencuci mulut. Di sini terdapat pelbagai manisan seperti kek, pudding dan beraneka kuih-muih. Begitu banyak hinggalah kami tidak dapat mencuba kesemuanya.

Saya dan isteri sungguh berpuas hati menikmati Bufet Ramadhan dan kami melafaskan ucapan terima kasih kepada Eastin Hotel Penang atas jemputannya kepada kami.

Eastin Ramadhan Buffet 2017Sup Gearbox, hidangan kemuncak Bufet Ramadhan Eastin Tahun 2017 (27 April, 2017)


Bufet Ramadhan Eastin Tahun 2017Sup Gearbox dalam belanga. (27 April, 2017)


Bufet Ramadhan Eastin Tahun 2017Pasukan masakan dengan Kambing Golek Beratur Panjang. (27 April, 2017)


Bufet Ramadhan Eastin Tahun 2017Banyaknya kerabu! (27 April, 2017)


Bufet Ramadhan Eastin Tahun 2017Buah-buahan yang sudah dipotong dan yang seluruh. (27 April, 2017)


Bufet Ramadhan Eastin Tahun 2017Senyuman mesra dari kakitangan dapur bersedia menghidangkan ayam Tandoori. (27 April, 2017)


Bufet Ramadhan Eastin Tahun 2017Kepada mereka yang gemari hidangan manis. (27 April, 2017)


Bufet Ramadhan Eastin Tahun 2017Besarnya kuali ini! (27 April, 2017)


Bufet Ramadhan Eastin Tahun 2017Walaupun Bufet Ramadhan, juga terdapat masakan Jepun untuk pengemarnya. (27 April, 2017)


Bufet Ramadhan Eastin Tahun 2017Dan untuk pengemar masakan India pula, terdapat Roti Naan yang siap dipanggang. (27 April, 2017)


Bufet Ramadhan Eastin Tahun 2017Dan seperti biasa, hidangan kegemaran ramai, yakni satay! (27 April, 2017)


Kembali ke laman Eastin Hotel Penang


Maklumat

Senarai Hotel di Pulau Pinang and Hotel di Malaysia

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

 Discover with Timothy YouTube Channel

 Discover with Timothy Food YouTube Channel

 Learn Penang Hokkien YouTube Channel

SojiMart Videos

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Discover with Timothy

Discover With Timothy YouTube Channel

Chowrasta Market Narrated Walking Tour

IKEA Batu Kawan Narrated Walking Tour

Relau Penang Narrated Walking Tour

Medan Bayan Relau Penang Narrated Walking Tour

Fort Cornwallis & The Esplanade Narrated Walking Tour

Padang Kota Lama Narrated Walking Tour

Duke Street & Koh Seang Tat Fountain Garden

Feng Yi Dumplings

Sam Poh Footprint Temple Narrated Walking Tour

Blooms Nursery & Gallery

Bodhi Heart Sanctuary Narrated Walking Tour

Lebuh Bukit Jambul Roundabout Narrated Walking Tour

Bukit Jambul Elevated U-Turn Narrated Walking Tour

Bayan Baru Walking Tour
© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.