Discover with Timothy
21st Anniversary as Content Creator

Bufet Ramadan Mai Pi Buka Puasa Ala-Ala Kampung Lexis Suites Penang

Lexis Suites Penang's Ramadan Buffet 2017Lexis Suites Penang's Ramadan Buffet 2017 (12 Mei, 2017)


English

Lexis Suites Penang telah melancarkan bufet Ramadannya untuk 2017. Tema tahun ini ialah Mai Pi Buka Puasa Ala-Ala Kampung. Bufet ini menawarkan berjenis-jenis masakan Iftar sempena bulan Ramadan Al-Mubarak, dari 27hb Mei hingga 24hb Jun, 2017. Untuk kemudahan tetamu beragama Muslim, Lexis Suites Penang mempunyai surau yang berdekatan, agar mereka dapat menunaikan Solat semasa menghadiri bufet.

Tempahan

Bufet Mai Pi Buka Puasa Ala-Ala Kampung membawa herga RM68net untuk orang dewasa, dan RM40net untuk kanak-kanak dan warga emas berusia 55 tahun ke atas. Terdapat juga diskaun tempahan awal untuk 1,000 tetamu pertama yang hanya perlu membayar RM58net sahaja. Sebagai usaha menyumbang kepada masyarakat, Lexis Suites Penang akan menderma RM2 dari setiap jualan tiket bufet kepada rumah anak yatim terpilih. Selain tawaran bufet, khas pada bulan Ramadan, tetamu juga menikmati kadar bilik yang istimewa bermula dengan RM340 satu malam di Lexis Suites Penang.

Untuk membuat tempahan bufet atau bilik, sila hubungi Lexis Suites Penang pada +604 628 2888 atau emel reservations@lexissuitespenang.com

Tinjauan Bufet Ramadan Lexis Suites Penang

Saya dan isteri saya berpeluang meninjau bufet Ramadan Lexis Suites Penang pada ulasan makanan yang diadakan pada 12hb Mei, 2017. Apabila kami tiba, kami dapati yang dewan makan di Kafe Roselle sudah siap dihias untuk bufet malam itu. Banyaknya makanan yang telah disediakan. Terdapat masakan tempatan dan juga makanan Muslim antarabangsa. Antara masakan kegemaran ramai yang terdapat pada bufet ini termasuk Sup Gear Box, Ekor Lembu Assam Pedas dan Ikan Panggang. Terdapat juga masakan ala Arab seperti Shawarma Ayam dan Kuzi Kambing.

Nak mula dengan makan apa? Suka hati sahajalah. Kalau nak mula dengan kerabu, terdapat juga berjenis-jenis, termasuk Kerabu Sotong, Kerabu Udang dan Kerabu Pucuk Paku. Selain itu, terdapat juga rojak yang terpulang kepada kita sendiri untuk memilih ramuannya. Di stesen pencuci mulut, terdapat pelbagai kuih-muih, antaranya Kuih Talam, Kuih Lapis, Kuih Sago dengan Gula Melaka, Kuih Kosui, Ketayap, dan banyak lagi. Tambahan kepadanya, terdapat juga puding dan pelbagai kek.

Antara stesen yang paling digemari ramai ialah stesen minuman. Di sini, kami boleh menempah teh tarik yang dibuat segar.

Saya dan isteri saya amat berseronok pada bufet Ramadan Lexis Suites Penang. Kalau tak silap saya, hidangan yang paling saya gemari ialah ayam pedas yang dimasak dengan kuah kering. Ia sungguh lazat. Alangkah baik kalau perut besar sikit, dapat muat lebih makanan!

Saya dan isteri saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Lexis Suites Penang kerana telah mempelawa kami mencuba bufet Ramadan ini.

Lexis Suites Penang's Ramadan Buffet 2017Saya dengan hidangan-hidangan bufet Ramadan Lexis Suites Penang. (12 Mei, 2017)


Lexis Suites Penang's Ramadan Buffet 2017Ikan Bilis Masin. (12 Mei, 2017)


Lexis Suites Penang's Ramadan Buffet 2017Pasembur. (12 Mei, 2017)


Lexis Suites Penang's Ramadan Buffet 2017Belanga yang bernas. (12 Mei, 2017)


Lexis Suites Penang's Ramadan Buffet 2017Keropok. (12 Mei, 2017)


Lexis Suites Penang's Ramadan Buffet 2017Baked Mussel Gratin. (12 Mei, 2017)


Lexis Suites Penang's Ramadan Buffet 2017Otak-otak ala Melayu. (12 Mei, 2017)


Lexis Suites Penang's Ramadan Buffet 2017Hati Ayam Masak Lada. (12 Mei, 2017)


Lexis Suites Penang's Ramadan Buffet 2017Ketam Masak Sambal. (12 Mei, 2017)


Lexis Suites Penang's Ramadan Buffet 2017Telur Ikan Masak Lemak Pedas. (12 Mei, 2017)


Lexis Suites Penang's Ramadan Buffet 2017Shawarma Ayam. (12 Mei, 2017)


Lexis Suites Penang's Ramadan Buffet 2017Pelbagai Kuih-Muih. (12 Mei, 2017)


Lexis Suites Penang's Ramadan Buffet 2017Isteri saya dengan Sup Gear Box. (12 Mei, 2017)


Kembali ke laman utama Lexis Suites Penang


Maklumat

Senarai Hotel di Pulau Pinang dan Hotel di Malaysia

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

 Discover with Timothy YouTube Channel

 Discover with Timothy Food YouTube Channel

 Learn Penang Hokkien YouTube Channel

SojiMart Videos

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Discover with Timothy

Discover With Timothy YouTube Channel

Chowrasta Market Narrated Walking Tour

IKEA Batu Kawan Narrated Walking Tour

Relau Penang Narrated Walking Tour

Medan Bayan Relau Penang Narrated Walking Tour

Fort Cornwallis & The Esplanade Narrated Walking Tour

Padang Kota Lama Narrated Walking Tour

Duke Street & Koh Seang Tat Fountain Garden

Feng Yi Dumplings

Sam Poh Footprint Temple Narrated Walking Tour

Blooms Nursery & Gallery

Bodhi Heart Sanctuary Narrated Walking Tour

Lebuh Bukit Jambul Roundabout Narrated Walking Tour

Bukit Jambul Elevated U-Turn Narrated Walking Tour

Bayan Baru Walking Tour
© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.