Bufet Keliling DuniaBufet Keliling Dunia @ Garden Cafe, Golden Sands Resort (16 March, 2017)


English

Golden Sands Resort adalah tempat untuk menikmati pelbagai jenis makanan enak pada setiap hari dalam seminggu. Pada setiap hari Khamis, resort ini menawarkan Bufet Keliling Dunia, sebuah bufet yang manyajikan hidangan dari seluruh dunia, dari Malaysia ke Jepun, dari Negara China ke India, dari Timur Tengah ke Yunani, dari Mesir ke Itali, dan banyak lagi. Bufet ini diberi harga RM98 nett untuk orang dewasa manakala kanak-kanak makan percuma, dan warga emas pula mendapat potongan 40%.

Tempahan

Untuk menikmati Bufet Keliling Dunia Dinner di Garden Cafe, hubungi Golden Sands Resort pada (604) 886 1911.

Lawatan kami menikmati Bufet Keliling Dunia

Saya dan isteri saya berpeluang bersama-sama blogger yang lain untuk meneroka dunia makanan enak di Golden Sands Resort. Kami di sini atas jemputan Pengarah Komunikasinya, Tunku Suleiman Tunku Abdul Rahman, yang telah menerima kami dengan penuh mesra.

Sebaik sahaja kami meninggalkan beg and mengeluarkan kamera, kami dapati banyaknya hidangan enak yang telah disajikan. Terdapat makanan dari pelbagai budaya dan gaya memasak. Antara hidangan yang terdapat di sini termasuk Ikan Salmon Salai, Sushi & Sashimi, Udang Dingin, pelbagai jenis salad dengan sosnya dan keju, Sup Szechuan Pedas, stesen Pasta Milan dengan berjenis-jenis pasta termasuk Spaghetti, Penne, Tagliatelle, Fusile dan Macaroni, dan Pasta Bakar bersama Teung (sepertimana isteri saya masak di rumah).

Kami juga berpeluang bertemu mesra dengan Chef Eksekutif Garden Cafe, Chef Adrian, yang telah lama dalam industri f&B, dan telah berkhidmat untuk beberapa hotel di merata-rata-tempat di dunia termasuk Negara Mesir, dari mana beliau perkenalkan masakan kebanggaannya, Ayam Sharwarma Mesir.

Saya mengaku tidak dapat mencuba setiap hidangan dalam bufet ini. Perut saya tak cukup ruang untuk mengisi kesemuanya. Namun saya nikmati apa sahaja hidangan yang telah saya pilih. Mari saya tunjukkan antara hidangan yang saya dan isteri saya temui di bufet ini.

Bufet Keliling DuniaIkan Salmon Salai (16 March, 2017)


Bufet Keliling DuniaLasagna Bakar bersama Terung (16 March, 2017)


Bufet Keliling DuniaStesen Mee (16 March, 2017)


Bufet Keliling DuniaKupang dan udang. (16 March, 2017)


Bufet Keliling DuniaStesen salad. (16 March, 2017)


Bufet Keliling DuniaStesen kopi dan teh. (16 March, 2017)


Bufet Keliling DuniaBerjenis-jenis teh. (16 March, 2017)


Bufet Keliling DuniaBerjenis-jenis keju. (16 March, 2017)


Bufet Keliling DuniaAyam panggang dengan herba rosemary kebun. (16 March, 2017)


Bufet Keliling DuniaDaging Panggang dengan Rempah, Lada dan Bawang. (16 March, 2017)


Bufet Keliling DuniaPelbagai jenis pasta. (16 March, 2017)


Bufet Keliling DuniaTiga jenis pizza. (16 March, 2017)


Bufet Keliling DuniaKek tiramisu. (16 March, 2017)


Bufet Keliling DuniaMeninjau hidangan yang disediakan. (16 March, 2017)


Bufet Keliling DuniaSaya dan isteri saya di Bufet Keliling Dunia. (16 March, 2017)


Kembali ke laman Garden Cafe


Maklumat

Kembali ke laman utama Golden Sands Resort


Maklumat

Senarai Restoran di Penang and Restoran di Malaysia

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

 Discover with Timothy YouTube Channel

 Discover with Timothy Food YouTube Channel

 Learn Penang Hokkien YouTube Channel

SojiMart Videos

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Discover with Timothy

Discover With Timothy YouTube Channel

Chowrasta Market Narrated Walking Tour

IKEA Batu Kawan Narrated Walking Tour

Relau Penang Narrated Walking Tour

Medan Bayan Relau Penang Narrated Walking Tour

Fort Cornwallis & The Esplanade Narrated Walking Tour

Padang Kota Lama Narrated Walking Tour

Duke Street & Koh Seang Tat Fountain Garden

Feng Yi Dumplings

Sam Poh Footprint Temple Narrated Walking Tour

Blooms Nursery & Gallery

Bodhi Heart Sanctuary Narrated Walking Tour

Lebuh Bukit Jambul Roundabout Narrated Walking Tour

Bukit Jambul Elevated U-Turn Narrated Walking Tour

Bayan Baru Walking Tour
© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.