Discover with Timothy
21st Anniversary as Content Creator

Bufet Ramadhan Dapoq Pak Beh @ Iconic Hotel

Iconic Hotel's Bufet Ramadhan Dapoq Pak BehHere I am at Iconic Hotel's Bufet Ramadhan Dapoq Pak Beh (12 Jun, 2017)


English

Iconic Hotel Penang telah melancarkan Bufet Ramadhannya untuk tahun 2017. Tema tahun ini, yang berlangsung dari 27hb Mei hingga 24hb Jun, ialah Dapoq Pak Beh. Ia mengenang kembali masakan dari masa lampau. Bufet ini menyajikan lebih kurang 160 hidangan, termasuk hidangan kegemaran ramai. Ia diadakan di restoran Mezza9 dan juga di tingkat 6 yang diubahsuai khas untuk bufet ini.

Bufet Ramadhan Dapoq Paq Beh diberi harga RM58 bersih (dewasa) dan RM29 bersih (kanak-kanak). Mereka yang menggunakan App MyDigi dapat menikmati harga istimewa RM50 bersih (dewasa) dengan menunjukkan baucer pada App MyDigi.

Bufet Ramadhan Dapoq Pak Beh di Iconic HotelBufet Ramadhan Dapoq Pak Beh di Iconic Hotel
© Iconic Hotel

Tempahan

Untuk membuat tempahan untuk bufet ini, sila hubungi Iconic Hotel pada talian 04 505 9988.

Tinjauan Bufet Ramadhan Dapoq Pak Beh

Saya dan isteri saya telah berpeluang menikmati Bufet Ramadhan Dapoq Pak Beh pada 12hb Jun, 2017 atas jemputan hotel tersebut. Masa kami meninjaunya, bufet ini sudah dibuka kepada orang ramai. Saya amat berpuas hati melihat sambutan yang hangat ke atas bufet ini, dengan hampir setiap meja diambil.

Bufet Dapoq Pak Beh menawarkan bilangaan hidangan yang sungguh menakjubkan. Ia diadakah di tingkat enam yang merupakan tempat letak kereta yang telah diubahsuai. Ruangnya luas dan sesuai untuk kenduri besar. Gerai-gerai makanan yang berasingan telah didirikan, setiap satu menyajikan jenis makanan yang berlainan. Untuk menghidupkan suasana, sebuah kumpulan Gamelan telah diundang untuk memainkan pelbagai musik tradisi. Kumpulan ini termasuk seorang kanak-kanak yang sungguh comel.



Pada pendapat saya, bahagian yang paling istimewa pada bufet ini ialah gerai makanan durian. Di sini terdapat pelbagai kuih dan manisan yang dibuat menggunakan durian. Sebaik sahaja bufet ini dibuka, saya cepat-cepat menuju ke gerai ini.

Sangat banyak bilangan hidangan yang disajikan. Hidangan utama pun mengambil tempat tiga "gerai". Terdapat Ayam Madu, Ketam, Ayam Percik, Kari Ikan, Sotong, dan banyak lagi. Di bahagian "Makanan Penjaja" pula terdapat Asam Laksa, Mee Sup Utara, Nasi Ayam Hainan, Satay, Murtabak, Roti Canai dan Kambing Golek. Kuih-muih juga mengisi ruang yang besar. Terdapat juga bubur gandum dan pulut hitam.

Saya dan isteri saya amat berseronok menikmati Bufet Ramadhan Dapoq Pak Beh, dan kami mengucapkan ribuan terimakasih kepada Iconic Hotel kerana sudi menjemput kami meninjaunya.

Iconic Hotel's Bufet Ramadhan Dapoq Pak BehPemain Gamelan yang kecil dan comel! (12 Jun, 2017)


Iconic Hotel's Bufet Ramadhan Dapoq Pak BehMurtabak disediakan dengan penuh senyuman. (12 Jun, 2017)


Iconic Hotel's Bufet Ramadhan Dapoq Pak BehBanyaknya makanan di bufet ini. (12 Jun, 2017)


Iconic Hotel's Bufet Ramadhan Dapoq Pak BehBeraneka jenis achar dan kerabu. (12 Jun, 2017)


Iconic Hotel's Bufet Ramadhan Dapoq Pak BehBuah-buahan untuk Rojak. (12 Jun, 2017)


Iconic Hotel's Bufet Ramadhan Dapoq Pak BehKuih Muih. (12 Jun, 2017)


Iconic Hotel's Bufet Ramadhan Dapoq Pak BehBanyaknya kek. (12 Jun, 2017)


Iconic Hotel's Bufet Ramadhan Dapoq Pak BehDan lebih banyak lagi kek. (12 Jun, 2017)


Iconic Hotel's Bufet Ramadhan Dapoq Pak BehKeropok (12 Jun, 2017)


Iconic Hotel's Bufet Ramadhan Dapoq Pak BehHidangan daripada Durian. (12 Jun, 2017)


Iconic Hotel's Bufet Ramadhan Dapoq Pak BehKuih Durian dan Krim Puff Durian. (12 Jun, 2017)


Iconic Hotel's Bufet Ramadhan Dapoq Pak BehNasi beriyani. (12 Jun, 2017)


Iconic Hotel's Bufet Ramadhan Dapoq Pak BehAyam Madu. (12 Jun, 2017)


Iconic Hotel's Bufet Ramadhan Dapoq Pak BehKetam. (12 Jun, 2017)


Iconic Hotel's Bufet Ramadhan Dapoq Pak BehKari Ikan. (12 Jun, 2017)


Iconic Hotel's Bufet Ramadhan Dapoq Pak BehAyam Percik. (12 Jun, 2017)


Iconic Hotel's Bufet Ramadhan Dapoq Pak BehSambal Telur. (12 Jun, 2017)


Iconic Hotel's Bufet Ramadhan Dapoq Pak BehDaging. (12 Jun, 2017)


Iconic Hotel's Bufet Ramadhan Dapoq Pak BehBuah-buahan tempatan. (12 Jun, 2017)


Iconic Hotel's Bufet Ramadhan Dapoq Pak BehJeruk. (12 Jun, 2017)


Iconic Hotel's Bufet Ramadhan Dapoq Pak BehSup Daging. (12 Jun, 2017)


Iconic Hotel's Bufet Ramadhan Dapoq Pak BehGulai Kawah. (12 Jun, 2017)


Iconic Hotel's Bufet Ramadhan Dapoq Pak BehGerai Penjaja. (12 Jun, 2017)


Iconic Hotel's Bufet Ramadhan Dapoq Pak BehKumpulan Gamelan menghiburkan tetamu. (12 Jun, 2017)


Iconic Hotel's Bufet Ramadhan Dapoq Pak BehSaya dan isteri saya dengan pelbagai hidangan pada Bufet Ramadhan Dapoq Pak Beh. (12 Jun, 2017)


Kembali ke laman Iconic Hotel


Maklumat

Senarai Hotel di Pulau Pinang and Hotel di Malaysia

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

 Discover with Timothy YouTube Channel

 Discover with Timothy Food YouTube Channel

 Learn Penang Hokkien YouTube Channel

SojiMart Videos

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Discover with Timothy

Discover With Timothy YouTube Channel

Chowrasta Market Narrated Walking Tour

IKEA Batu Kawan Narrated Walking Tour

Relau Penang Narrated Walking Tour

Medan Bayan Relau Penang Narrated Walking Tour

Fort Cornwallis & The Esplanade Narrated Walking Tour

Padang Kota Lama Narrated Walking Tour

Duke Street & Koh Seang Tat Fountain Garden

Feng Yi Dumplings

Sam Poh Footprint Temple Narrated Walking Tour

Blooms Nursery & Gallery

Bodhi Heart Sanctuary Narrated Walking Tour

Lebuh Bukit Jambul Roundabout Narrated Walking Tour

Bukit Jambul Elevated U-Turn Narrated Walking Tour

Bayan Baru Walking Tour
© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.