Discover with Timothy
21st Anniversary as Content Creator

Bufet Dim Sum, Hotel Olive Tree

Hotel Olive Tree's Bufet Dim SumHotel Olive Tree's Bufet Dim Sum (5 Mac, 2017)


English EditionBM

Sukkah Coffee House di Hotel Olive Tree telah memperkenalkan Bufet Dim Sum mulai hari Ahad, 5hb Mac, 2017. Ini adalah suatu bufet dim sum yang lengkap, di mana para tetamu dapat memilih hidangan daripada stesen-stesen makanan tanpa mengisi borang tempahan. Terdapat banyak jenis dim sum yang telah disediakan, dari yang distim kepada yang digoreng.

Saya dan isteri saya telah dijemput oleh Hotel Olive Tree untuk mencuba bufet ini pada hari pemulaannya. Beberapa bulan yang lepas, saya telah berpeluang mencubanya apabila hotel ini mengadakan "hidangan cuba" untuk beberapa blogger. Selepas beberapa bulan menunggu, akhirnya kami berasa sungguh puas hati yang bufet ini sudah dapat dilaksanakan.

Antara hidangan yang, bagi pendapat saya amat sedap, termasuk kuih lobak putih yang distim, bebola isi ketam, ladu keladi goreng dan chee cheong fun, yang terdapat dengan tiga jenis inti, yakni udang, kekapis dan daging char siew. Kesemua hidangan dim sum adalah halal dan dibuat menggunakan daging ayam, udang and kekapis.

Terdapat juga kaki ayam tumis pada bufet ini. Rasanya enak, tetapi pada pendapat kami, kalau kaki ayam itu ditumis lebih lama, maka ia akan menjadi lebih lembut, dan lebih sedap lagi. Pendapat ini kami maklumkan kepada chef dim sum, Chef Aaron.

Selain itu, kami juga dapati yang hidangan goreng akan kehilangan rasa rangupnya apabila dibiarkan seketika. Kami faham yang ini suatu masalah dalam bufet, di mana hidang sering menunggu tetamu mengambilnya, dan dalam masa itu, mungkin tidak lagi serangup masa ia siap digoreng. Kami memaklumkan chef supaya sesuatu dapat dilakukan, agar mutu makanan dan juga kepuasan tetamu tidak dijejaskan oleh sebarang kelemahan.

Pada keseluruhannya, saya dan isteri saya amat menikmati bufet dim sum ini. Bilangan hidangan tinggi, sehinggalah kami tidak dapat mencuba setiap satu. Kami mengucapkan terima kasih kepada Olive Tree Hotel kerana telah menjemput kami, dan berharap dapat mencuba bufetnya lagi pada masa akan datang.

Tempahan

Bufet Dim Sum Hotel Olive Tree diadakan pada setiap hari Ahad dari 12:00 tengahari hingga 3:00pm. Harganya RM64+ dewasa, RM35+ kanak-kanak (5-12 tahun) dan RM45+ wargas emas (55 tahun ke atas). Terdapat juga Tawaran Buka Tirai Beli 5 Percuma 1! Untuk membuat tempahan, sila hubungi hotel pada 04 637 7856.

Sukkah Coffee House
Hotel Olive Tree
76, Jalan Mahsuri,
11950 Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Phone: +60 4 637 7777
GPS: 5.327004, 100.279637

Bufet Dim Sum di Hotel Olive Tree
Bufet Dim Sum di Hotel Olive Tree
© Hotel Olive Tree

Hotel Olive Tree's Bufet Dim SumKulit Popiah Goreng, Olive Tree Dim Sum (5 Mac, 2017)


Hotel Olive Tree's Bufet Dim SumKek Keladi, Olive Tree Dim Sum (5 Mac, 2017)


Hotel Olive Tree's Bufet Dim SumLadu Prawn Rangup, Olive Tree Dim Sum (5 Mac, 2017)


Hotel Olive Tree's Bufet Dim SumLadu Prawn Rangup, Olive Tree Dim Sum (5 Mac, 2017)


Hotel Olive Tree's Bufet Dim SumGyoza Goreng, Olive Tree Dim Sum (5 Mac, 2017)


Hotel Olive Tree's Bufet Dim SumPopiah Kacang Soya Goreng bersumbat Udang, Olive Tree Dim Sum (5 Mac, 2017)


Hotel Olive Tree's Bufet Dim SumKek Lobak Putih Bergoreng X.O., Olive Tree Dim Sum (5 Mac, 2017)


Hotel Olive Tree's Bufet Dim SumKaki Ayam Bertumis, Olive Tree Dim Sum (5 Mac, 2017)


Hotel Olive Tree's Bufet Dim SumKek Lobak Putih, Olive Tree Dim Sum (5 Mac, 2017)


Hotel Olive Tree's Bufet Dim SumBebola Daging Ketam, Olive Tree Dim Sum (5 Mac, 2017)


Hotel Olive Tree's Bufet Dim SumLadu Keladi Goreng, Olive Tree Dim Sum (5 Mac, 2017)


Hotel Olive Tree's Bufet Dim SumBebola Bijan, Olive Tree Dim Sum (5 Mac, 2017)


Hotel Olive Tree's Bufet Dim SumChee Cheong Fun, Olive Tree Dim Sum (5 Mac, 2017)


Kembali ke laman utama Sukkah Coffee House


Maklumat

Kembali ke laman utama Hotel Olive Tree


Maklumat

Senarai Restoran di Pulau Pinang and Restoran di Malaysia

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

 Discover with Timothy YouTube Channel

 Discover with Timothy Food YouTube Channel

 Learn Penang Hokkien YouTube Channel

SojiMart Videos

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Discover with Timothy

Discover With Timothy YouTube Channel

Chowrasta Market Narrated Walking Tour

IKEA Batu Kawan Narrated Walking Tour

Relau Penang Narrated Walking Tour

Medan Bayan Relau Penang Narrated Walking Tour

Fort Cornwallis & The Esplanade Narrated Walking Tour

Padang Kota Lama Narrated Walking Tour

Duke Street & Koh Seang Tat Fountain Garden

Feng Yi Dumplings

Sam Poh Footprint Temple Narrated Walking Tour

Blooms Nursery & Gallery

Bodhi Heart Sanctuary Narrated Walking Tour

Lebuh Bukit Jambul Roundabout Narrated Walking Tour

Bukit Jambul Elevated U-Turn Narrated Walking Tour

Bayan Baru Walking Tour
© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.