Teroka Bersama Timothy Tye
Belachan Udang Kak Chik

Belachan Udang Kak ChikBelachan Udang Kak Chik (30 Julai, 2016)


English

Belachan Udang Kak Chik (GPS: 6.36975, 100.14262) ialah sebuah warung menjual belacan di persisiran pantai Perlis. Warung ini terletak di tepi Laluan Negeri 152, berdekatan persimpangan ke Kampung Kurung Tengar. Belacannya dibuat di warung itu. Saya dan isteri saya telah nampak warung ini ketika kami meneroka kawasan persisiran pantai Perlis, dan kami pun singgah sebentar di sini.

Kami berjumpa dengan Kak Chik sendiri, sebab dia sibuk menjemur belacan. Seperti yang dijangka, tempat ini kuat berbau belacan, tapi kami dapat juga bertahan. Di warung, kami dapati belacan dijual dalam pek-pek kecil. Isteri saya pun membeli beberapa pek untuk dibawa pulang.

Bagi makluman anda, kami terpaksa membuang kesemua belacan itu kemudiannya. Isteri saya dapati yang belacan ini tidak sesuai digunakannya sebab ia mengandungi terlampau banyak sisa kekotoran. Lain kali kami akan lebih berhati-hati sebelum membeli apa-apa di tengah jalan.

Belachan Udang Kak ChikKak Chik tengah menjemur belacan. (30 Julai, 2016)


Belachan Udang Kak ChikBelacan udang Kak Chik yang dijual. (30 Julai, 2016)


Belachan Udang Kak ChikSatu pek belacan udang Kak Chik. (30 Julai, 2016)


Belachan Udang Kak ChikIsteri saya tengah membeli belacan dari Kak Chik. (30 Julai, 2016)

360° View of Belachan Udang Kak Chik on Google Maps Street View

Belachan Udang Kak Chik

Belachan Udang Kak Chik is on the map of Perlis

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Penang, You're My Paradise

Gurney Bay - what to see and do there

© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.