Batu Pahat MonumentBatu Pahat Monument (10 September, 2016)


English

Batu Pahat (GPS: 1.84808, 102.93352), yang juga dikenali dengan nama Bandar Penggaram, adalah pusat pentadbiran Daerah Batu Pahat di Johor. Bandar Batu Pahat terletak di tenggara Muar, barat-daya Kluang, barat-lautPontian dan selatan Segamat. Daerah Batu Pahat mempunyai jumlah penduduk melebihi separuh juta orang dalam kawasan seluas 1,872 km persegi. Bandar ini terletak di tebing timur Sungai Batu Pahat.

Bandar Batu Pahat yang kita kenali hari ini telah diasas pada tahun 1893 oleh Dato Bentara Luar, atas perintah Sultan Abu Bakar. Namun tempat ini telah berpenduduk seawal-awalnya abad ke-15 dan sebelumnya. Ia mendapat namanya dari satu legenda abad ke-15, yang menyatakan yang tentera Siam telah memahat baru di Kampung Minyak Beku untuk menggali telaga. Kemudian, pihak Siam telah diusir oleh tentera Melaka yang diketuai Tun Perak, Bendahara Melaka, semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah (1446-1459). Anda masih boleh melihat telaga lama yang dipahat oleh tentera Siam di Kampung Minyak Beku hari ini.

Batu Pahat terkenal untuk hasil keluaran laut terutamanya ikan masin. Ia sering digelar Bandar Penggaram, kerana bandar ini tempat industri menggaram.

Daerah Batu Pahat terbahagi kepada beberapa mukim termasuk Lubok, Bagan, Peserai, Simpang Kiri, Simpang Kanan, Linau, Tanjung Semberong, Sri Gading, Kampung Minyak Beku, Kampung Bahru, Sungai Punggor, Sungai Kluang, Chaah Bahru dan Sri Medan. Dari mukim ini terdapat sejumlah 524 buah kampung.

Bandar Batu Pahat adalah bandar yang kedua paling berindustri di Johor selepas Johor Bahru. Industri-industri yang terdapat di sini termasuk industri plastik, kain, kayu, pemprosesan makanan, tembikar dan elektronik. Ia juga bandar pengeluar kain yang terbesar di negara. Zon perindustrian Batu Pahat terletak di Tongkang Pecah, Parit Raja dan Sri Gading.

Lokasi tempat di Batu Pahat

Tempat-tempat menarik di Batu Pahat

  1. Batu Pahat Well (GPS: 1.79577, 102.88946)

  2. Dataran Batu Pahat (GPS: 1.84747, 102.93472)

  3. Taman Rekreasi Tasik Y (GPS: 1.84256, 102.93569)

Kategori tempat di Batu Pahat

Tempat beribadat di Batu Pahat

  1. Masjid Jamek Sultan Ismail (GPS: 1.85591, 102.94589)

  2. Pu Thor Sze Temple (GPS: 1.8473, 102.93703)

  3. St Henry Catholic Church (GPS: 1.84171, 102.93451)

Jalan-jalan utama di Batu Pahat

Hospital di Batu Pahat

  1. Hospital Batu Pahat, Jalan Korma, 83000 Batu Pahat, tel: 07 434 1999

Kemudahan awam di Batu Pahat

  1. Pos Malaysia tel: 07 432 3431

  2. Tenaga Nasional tel: 07 432 1088

  3. Telekom Malaysia tel: 07 435 9292

  4. Syarikat Air Johor Holding tel: 07 431 7944


Batu Pahat, JohorView of the town of Batu Pahat, Johor (10 September, 2016)

Pergi ke Batu Pahat

Kalau anda datang dari sebelah utara, susur keluar dari Lebuhraya Utara-Selatan pada Exit 241 (Persimpangan Yong Peng). Dari selatan, susur keluar pada Exit 244 (Persimpangan Air Hitam). Guna Jalan Batu Pahat - Kluang (Laluan 50) menghala ke Batu Pahat (teliti papan tanda). Jalan ini berakhir di bulatan pada Jalan Rahmat, satu daripada jalan utama di Batu Pahat.

Batu Pahat adalah dalam Peta Negeri Johor

Senarai Bandar di Johor dan Bandar di Malaysia

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

 Discover with Timothy YouTube Channel

 Discover with Timothy Food YouTube Channel

 Learn Penang Hokkien YouTube Channel

SojiMart Videos

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Discover with Timothy

Discover With Timothy YouTube Channel

Chowrasta Market Narrated Walking Tour

IKEA Batu Kawan Narrated Walking Tour

Relau Penang Narrated Walking Tour

Medan Bayan Relau Penang Narrated Walking Tour

Fort Cornwallis & The Esplanade Narrated Walking Tour

Padang Kota Lama Narrated Walking Tour

Duke Street & Koh Seang Tat Fountain Garden

Feng Yi Dumplings

Sam Poh Footprint Temple Narrated Walking Tour

Blooms Nursery & Gallery

Bodhi Heart Sanctuary Narrated Walking Tour

Lebuh Bukit Jambul Roundabout Narrated Walking Tour

Bukit Jambul Elevated U-Turn Narrated Walking Tour

Bayan Baru Walking Tour
© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.