Timothy Tye
Batu Bersurat Cerok Tok Kun

Batu Bersurat Cerok Tok KunBatu Bersurat Cerok Tok Kun (25 November, 2007)




English

Batu Bersurat Cerok Tok Kun (GPS: 5.352123, 100.476684) adalah megalit yang mengandungi inskripsi purba di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Ia adalah satu-satunya megalit purba yang telah dijumpai di Pulau Pinang, dan telah dikenalpasti oleh Jabatan Muzium dan Antiquiti Malaysia. Ia juga dianggap peninggalan tamadun purba Lembah Bujang yang paling ke selatan. Megalit batu granit ini terletak di kaki Bukit Mertajam, di dalam perkarangan Gereja St Anne. Untuk sampai ke sana, anda boleh berjalan dari Gereja St Anne yang baru.

Batu Bersurat Cerok Tok Kun mula-mulanya didokumentasikan oleh Kolonel James Low, seorang pegawai tentera British, pada tahun 1845. Dalam catatannya, Low merakamkan perasaan kecewa kerana tidak menjumpai sebuah peninggalan yang lebih menakjubkan, sebab beliau menjangka dapat menemui sebuah kuil purba. Beliau mencatatkan selonggok batu bersurat terdiri daripada tujuh ketulan. Inskripsi pada batu itu dipercayai dalam skrip pra-Pallava dan ditulis dalam Bahasa Sanskrit. Penulisnya dipercayai berasal dari Kerajaan Kadaaram purba, yang wujud di bahagian utara Malaysia antara abad ke-5 dan 6. Namun begitu, mengikut pengkaji sejarah J Laidlay, yang menterjemahkan teks inskripsi itu pada tahun 1848, penulisan itu adalah dalam Bahasa Pali, dan bukannya dalam Bahasa Sanskrit. Dari Kerajaan Kadaaram berasalnya Kesultanan Kedah hari ini yang mendapat namanya dari Kadaaram.1

Kemaskini: 28 Julai, 2015: Menurut Dato' V. Nadarajan, dalam bukunya Bujang Valley, the Wonder that was Ancient Kedah (muka 50), inskripsi pada batu bersurat Cerok Tok Kun berbaca sedemikian, "Saya mengakui musuh-musuh Raja Ramaunibha yang berpuas hati dan mereka yang jahat terus tertindas." (Inggeris: I acknowledge the enemies of the contented king Ramaunibha and the wicked are ever afflicted.)

Pada tahun 1973, Jabatan Muzium dan Antiquiti telah mendirikan sebuah pondok untuk melindungi megalit ini. Ia adalah relik purba yang pertama dan yang tunggal di Pulau Pinang yang telah diwartakan. Pada masa itu, megalit ini telah diliputi grafiti yang ditambahkan kepadanya oleh pengunjung masa kini, termasuk juga tulisan oleh Kolonel Low sendiri. Namun inskripsi masih jelas kelihatan.

Bagaimana pergi ke Batu Bersurat Cerok Tok Kun

Batu Bersurat Cerok Tok Kun terletak di perkarangan Gereja St Anne di Bukit Mertajam. Ia berada di seberang jalan dari bangunan gereja itu.



Inskripsi dan grafiti pada Batu Bersurat Cerok Tok KunInskripsi dan grafiti pada Batu Bersurat Cerok Tok Kun (25 November, 2007)


Inskripsi purba pada Batu Bersurat Cerok Tok KunInskripsi purba pada Batu Bersurat Cerok Tok Kun (25 November, 2007)


Papan interpretasi untuk Batu Bersurat Cerok Tok KunPapan interpretasi untuk Batu Bersurat Cerok Tok Kun (25 November, 2007)

Lokasi Batu Bersurat Cerok Tok Kun dalam peta

Rujukan Bibliografik

  1. Bujang Valley: The Wonder that was Ancient Kedah (page 27) by V. Nadarajan
  2. The Malay Peninsula: Crossroads of the Maritime Silk Road (100BC-1300AD) by Michel Jacq-Hergoualc'h

Senarai Batu Bersurat di Malaysia; kembali ke laman Tapak Arkeologi Lembah Bujang


[an error occurred while processing this directive]


Follow Me on Facebook


Senaraikan bisnes anda di Penang Travel Tips

Dapatkan halaman sendiri untuk bisnes anda di Penang Travel Tips, agar lebih mudah dicari.

Maklumat

Hubungi Saya

Fast Guide for selecting Penang Hotels

Quick help for choosing the hotel that's right for you.

Details




 Senarai 746 Jalanraya di Pulau Pinang

 Senarai 3500 Tempat di Pulau Pinang










Hamidouroll Online Store






Mengenai Saya

Terima kasih kerana melawat laman web saya. Sejak saya mula menulisnya pada tahun 2003, ia telah menjadi ensiklopedia hasil tulisan saya sendiri. Nama saya . Sejak 1 November, 2007, saya menulis laman web ini sepenuh masa. Saya menulis laman saya untuk memuaskan perasaan ingin tahu, tetapi saya bangga sekiranya maklumat yang saya kumpul berguna kepada anda.

Untuk berhubung dengan saya, sila isikan borang ini. Terima kasih, dan jangan lupa ikut saya di Facebook!


© 2003-2017 Timothy Tye. Hak Cipta Terpelihara.