LangkawiPantai Cenang in Langkawi (6 Jun 2005)


English

Petua Melawat Langkawi membantu anda mengenali dan menikmati destinasi pelancongan ini.

Langkawi (Jawi: لڠكاوي; GPS: 6.3675, 99.79774) adalah sebuah destinasi pelancongan yang terkemuka di sebelah utara Semenanjung Malaysia. Ia adalah sebahagian daripada Negeri Kedah Darul Aman, dan merupakan satu daripada daerah negeri tersebut. Kepulauan Langkawi terdiri daripada pulau utama, yakni Pulau Langkawi, dan hampir seratus gugusan pulau kecil, antaranya hanya longgokan batu di permukaan laut. Menurut risalah pelancongan, pada waktu air pasang, jumlah pulau adalah 99, manakala apabila air surut, lima lagi muncul di atas permukaan laut. Sama ada ini benar atau tidak, belum lagi diambil kira.

Saya menulis panduan ini sebagai petua untuk membantu anda sekiranya anda tengah membuat perancangan untuk melawat Langkawi. Harapan saya maklumat yang saya berikan dapat berikan anda lawatan yang menyeronokkan. Saya can cuba mengemaskini maklumat pada halaman ini dari masa ke sama, dan memohon maaf kalau terdapat sebarang kesilapan.

Lokasi tempat menarik di Langkawi

Tourist Attractions of Langkawi

  1. Air Hangat (GPS: 6.42293, 99.81363)

  2. Bon Ton Resort (GPS: 6.30945, 99.72435)

  3. Craft Cultural Complex Langkawi (GPS: 6.42037, 99.78031)

  4. Dataran Lang (GPS: 6.3083, 99.85192)

  5. Galeria Perdana (GPS: 6.40301, 99.85387)

  6. Jetty Point (GPS: 6.30611, 99.85045)

  7. Langkawi Bird Paradise (GPS: 6.38776, 99.86197)

  8. Langkawi Crocodile Farm (GPS: 6.40265, 99.71201)

  9. Padang Sasar Antarabangsa Langkawi (GPS: 6.35141, 99.83525)

  10. Pasar Malam Padang Matsirat (GPS: 6.35378, 99.73017)

  11. Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (GPS: 6.33958, 99.72834)

  12. Tasik Dayang Bunting (GPS: 6.2058, 99.78529)

  13. Telaga Harbour Park (GPS: 6.36833, 99.68215)

  14. Taman CHOGM (GPS: 6.31252, 99.85397)

  15. Taman Legenda (GPS: 6.30885, 99.85459)

  16. Taman Teknologi Ago MARDI (GPS: 6.36115, 99.79268)

  17. Underwater World Langkawi (GPS: 6.28774, 99.72865)

Bandar Utama di Langkawi

Kuah, Langkawi


Details

Kategori tempat di Langkawi


Resorts World LangkawiResorts World Langkawi (6 June, 2005)

Berkenaan Langkawi

Pulau Langkawi mempunyai keluasan 478 km persegi (185 batu persegi). Bandar utamanya, Kuah, mempunyai penduduk 65,000 orang (anggaran 2011). Kepulauan Langkawi kaya dengan legenda. Banyak daripada tempat di Langkawi mendapat nama sempena peristiwa masa lampau, legenda dan juga mitos. Ini termasuklah Kuah dan juga gunung-gunung utama di Langkawi.

Antara legenda Langkawi yang paling terkenal ialah legenda Mahsuri, seorang wanita yang telah dihukum mati kerana didakwa telah melakukan zina. Sebelum dijatuhkan hukuman, Mahsuri telah menglafaskan kata-kata akhir berbentuk sumpahan ke atas Pulau Langkawi agar ia tidak tenteram yang menjadi ibarat padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan.

Laluan Jambatan Gantung di Gunung Mat Cincang
Laluan Jambatan Gantung di Gunung Mat Cincang (6 Jun 2005)


Nampaknya sumpahan Mahsuri amat kuat, sebab Langkawi memang menjadi tanah terbiar untuk sebahagian besar abad ke-19 dan separuh pertama abad ke-20. Untuk menjauhkan diri dari kenangan lama yang pahit, keturunan Mahsuri telah berpindah ke Phuket, di mana mereka masih menetap sampai ke hari ini. Sememangnya Langkawi hanya mula berkembang semula setelah tujuh generasi telah berlalu.

Langkawi bertuah sebab Perdana Menteri Malaysia yang pertama dan yang ke-empat, yakni Tunku Abdul Rahman dan Tun Dr Mahathir Mohamad, kedua-duanya berasal dari Negeri Kedah. Walaupun kedua-dua perdana menteri ini tidak selalunya sehaluan, padahal Langkawi, kedua-dua dapat mengecam potensi pulau ini. Oleh itu, Langkawi bolehlah diibaratkan anak sayang kedua-dua. Antara mereka yang juga mengenali potensi Langkawi termasuk mendiang Tan Sri Loh Boon Siew, yang pada suatu ketika merupakan pemilik tanah yang utama di pulau itu.

Langkawi memang mempunyai banyak kelebihan. Di sini terdapat banyak tanah, pemandangan di sini indah, jumlah penduduk rendah, apa lagi, ia dekat Pulau Pinang, yang boleh menjadi pembekal tenaga kerja kepadanya. Oleh sebab itu, Langkawi telah berkembang pesat antara awal tahun 1980-an hingga kurun ke-21. Hari ini, terdapat hotel pelbagai kelas di Langkawi, dari yang paling bajet hingga yang paling mewah. Kalau dibandingkan dengah tanah besar Kedah, kos hidup di Langkawi lebih tinggi, tetapi ini sesuatu yang boleh dijangkakan untuk destinasi pelancongan.

Galeria Perdana, Langkawi
Galeria Perdana ceiling design (5 Jun 2005)


Langkawi merupakan destinasi pelancongan pantai yang mustahak di Malaysia. Ia sering dikenali sebagai Langkawi Pulau Legenda, kerana terdapat banyak legenda yang bersangkut paut dengan pulau ini. Kepulauan Langkawi terdiri daripada Pulau Langkawi, yakni pulau utama, dan 99 pulau kecil terletak lebih kurang 30 kilometer dari pantai tanah besar Kedah, pada sebelah barat laut Semenanjung Malaysia.

Langkawi dimiliki Negeri Kedah dan ditadbir oleh Majlis Daerah Pulau Langkawi. Ia terletak bersebelahan dengan Taman Negara Tarutao di Negara Thai. Selain Pulau Langkawi, pulau-pulau lain yang berpenghuni adalah Pulau Dayang Bunting dan Pulau Tuba.

Langkawi diberi status bebas cukai sejak tahun 1987. Ini telah membantu perkembangan industri pelancongan dan meningkatkan taraf hidup penduduk di sini. Banyak hotel pelbagai kelas telah dibina untuk kemudahan pelancong yang berlainan.

Pada tahun 2007, Kepulauan Langkawi diwartakan sebagai Geopark oleh UNESCO. Ini adalah geopark yang pertama di Asia Tenggara dan geopark ke-52 dalam rangkaian Geopark UNESCO.

Karang lembut, Underwater World Langkawi
Karang lembut, Underwater World Langkawi (4 Jun 2005)

Pergi ke Langkawi

Dengan menaiki kapal terbang
Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi International Airport mendapat penerbangan dari Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Singapura dan Bangkok.

Dengan Feri
Terdapat perkhidmatan feri menghubungkan Kuah, bandar utama Langkawi, dengan Kuala Perlis (1 jam 15 min), Kuala Kedah (1 jam 45 min) dan Pulau Pinang (3 jam) di Malaysia, dan dengan Satun dan Koh Lipe di kepulauan Tarutao di Thailand.

Terminal Pengangkutan Awam

Pengangkutan Awam di Langkawi

Kaedah paling mudah untuk bergerak di Langkawi adalah dengan menyewa kereta atau motosikal. Pengangkutan am adalah terhad kepada teksi. Kereta dan motosikal boleh disewa dari lapangan terbang dan jeti Kuah.

Memandu di Langkawi

Memandu di Langkawi agak seronok bagi mereka yang datang dari bandaraya besar. Sebabnya, jalanraya di sini kurang sesak. Keburukannya adalah, kebanyakan jalan hanya dua lorong, oleh itu, sukar untuk memotong kalau anda berada di belakang kereta yang perlahan (dan ini sering berlaku).

Terdapat beberapa jalanraya utama di pulau ini. Tiga daripadanya mengambil nombor laluan yang sama, yakni 112. Mereka terdiri daripada Jalan Padang Matsirat, antara bandar Kuah dengan pekan Padang Mat Sirat; Jalan Air Hangat, yang melalui pinggir timur Langkawi, dari bandar Kuah town ke Kampung Air Hangat; dan Jalan Ulu Melaka, dari Kampung Air Hangat Village ke simpang Jalan Padang Mat Sirat. Kalau anda kekal pada laluan 112, anda boleh membuat suatu pusingan lengkap pulau ini merangkumi bahagian timur dan tengah Pulau Langkawi.

Selain Laluan 112, terdapat juga beberapa jalanraya yang lain yang boleh juga diterokai. Laluan 113 yang juga dikenali sebagai Jalan Teluk Yu, bermula di Kampung Air Hangat, merentasi bahagian utara Pulau Langkawi, dan berakhir di Teluk Burau. Pada bahagian selatan Pulau Langkawi ialah Jalan Bukit Malut, juga dipanggil 167, yang menghubungkan Jalan Padang Mat Sirat kepada Jalan Kedawang.

Di bahagian barat Pulau Langkawi, ialah Jalan Pantai Cenang, yang melalui bahagian pantai pelancongan Langkawi. Di sebelah utara daripadanya ialah Jalan Kuala Muda, yang merentasi bahagian persisiran di sebelah Lapangan Terbang Anterabangsa Langkawi.

Senarai Tempat Menarik di Kedah and Tempat Menarik di Malaysia

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

 Discover with Timothy YouTube Channel

 Discover with Timothy Food YouTube Channel

 Learn Penang Hokkien YouTube Channel

SojiMart Videos

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Discover with Timothy

Discover With Timothy YouTube Channel

Chowrasta Market Narrated Walking Tour

IKEA Batu Kawan Narrated Walking Tour

Relau Penang Narrated Walking Tour

Medan Bayan Relau Penang Narrated Walking Tour

Fort Cornwallis & The Esplanade Narrated Walking Tour

Padang Kota Lama Narrated Walking Tour

Duke Street & Koh Seang Tat Fountain Garden

Feng Yi Dumplings

Sam Poh Footprint Temple Narrated Walking Tour

Blooms Nursery & Gallery

Bodhi Heart Sanctuary Narrated Walking Tour

Lebuh Bukit Jambul Roundabout Narrated Walking Tour

Bukit Jambul Elevated U-Turn Narrated Walking Tour

Bayan Baru Walking Tour
© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.