Timothy Tye
Pusat Astronomi PIXO

Pusat Astronomi PIXO di Tech Dome PenangPusat Astronomi PIXO di Tech Dome Penang (30 Jun, 2017)




English

Pusat Astronomi PIXO ialah sebuah pusat kaji bintang di Komtar, Penang. Ia terletak di bumbung Tech Dome Penang. Pusat kaji bintang ini mempunyai teleskop yang paling besar dan paling kuat di Pulau Pinang. Ia telah dilaksanakan pada hari Ahad, 18hb Disember, 2016.

Nama PIXO telah dipilih sebab ialah adalah pusat kaji bintang ke-9 di Pulau Pinang (Penang's 9th (IX) Observatory). Pusat ini digunakan oleh Persatuan Astronomi Pulau Pinang yang merupakan rakan kongsi kepada Tech Dome Penang. Persatuan ini mengadakan lawatan mingguan untuk orang awam di Pusat Astronomi PIXO dan juga di Persiaran Karpal Singh. Ahli-ahli persatuan ini bertemu sekali sebulah untuk Malam Melihat Bintang di PIXO. Persatuan ini juga sering mengadakan ceramah, kursus, pameran, pertunjukan dan konvensyen perihal astronomi.

Saya dan isteri saya telah berpeluang melawat Pusat Astronomi PIXO ketika Malam Penghargaan Rakan Kongsi Tech Dome pada 30hb Jun, 2017. Ahli Persatuan Astronomi Pulau Pinang, atas pimpinan presidentnya, Dr Chong Hon Yew, dan ahli Encik Lim Choon Kiat, memberi keterangan kepada kami mengenai bintang dan galaksi. Kedua-dua mereka sungguh peramah dalam memberikan kami satu intipan kepada alam semesta.

Setelah memberikan kami pengenalan kepada astronomi, Dr Chong pun mengiring kami ke tingkat atas untuk melihat teleskop. Kami pun berbaris untuk peluang mengintip melalui teleskop. Kami sungguh bernasib baik kerana malam itu langit sungguh terang. Oleh itu, kami dapat memandang bulan menerusi teleskop dengan amat jelas. Selain itu, kami juga dapat melihat planet Musytari. Walaupun planet ini jauh lebih besar daripada bulan, oleh sebab ia amat jauh daripada kita, ia nampak kecil sahaja dan tidak berapa jelas.

Saya telah mendapat peluang untuk memasang kamera DSLR saya kepada lensa teleskop yang mempunyai kepanjangan fokus sebanyak 3200 mm. Hasilnya, saya dapat melihat dan menangkap gambar foto bulan yang amat jelas, sepertimana yang saya tunjukkan di sini. Yang anehnya ialah gambar foto yang dihasilkan nampak hampir hitam-putih. Planet Musytari pula tidak begitu jenis kelihatan. Nampaknya hanya seperti suatu titik di langit malam itu.

Pusat Astronomi PIXO, Tech Dome PenangDr Chong Hon Yew, presiden Persatuan Astronomi Pulau Pinang, memberi pengenalan kepada astronomi. (30 Jun, 2017)


Pusat Astronomi PIXO, Tech Dome PenangDr Chong menerangkan bentangan buruj kepada kami. (30 Jun, 2017)


Pusat Astronomi PIXO, Tech Dome PenangDengan lampu dipadamkan, Dr Chong menerangkan kepada kami kajian bintang, galaksi dan lubang hitam. (30 Jun, 2017)


Pusat Astronomi PIXO, Tech Dome PenangSatu daripada teleskop di Pusat Astronomi PIXO. (30 Jun, 2017)


Pusat Astronomi PIXO, Tech Dome PenangEncik Lim Choon Kiat menerangkan pengendalian teleskop. (30 Jun, 2017)


Pusat Astronomi PIXO, Tech Dome PenangEncik Lim Choon Kiat menunjukkan kepada kami planet Musytari. (30 Jun, 2017)


Pusat Astronomi PIXO, Tech Dome PenangBulan dan planet Musytari dapat dilihat dengan mata pada langit yang terang. (30 Jun, 2017)


Pusat Astronomi PIXO, Tech Dome PenangGambar permukaan bulan yang ditangkap menggunakan kamera DSLR saya yang dipasang kepada lensa 3200mm teleskop PIXO. (30 Jun, 2017)


Pusat Astronomi PIXO, Tech Dome PenangSatu lagi gambar permukaan bulan yang ditangkap menggunakan kamera saya pada lensa teleskop PIXO. (30 Jun, 2017)


Pusat Astronomi PIXO, Tech Dome PenangSaya bersama satu daripada telskop Pusat Astronomi PIXO. (30 Jun, 2017)


Kembali ke laman Tech Dome Penang


Maklumat

Kembali ke laman Komtar


Maklumat

[an error occurred while processing this directive]


Follow Me on Facebook


Senaraikan bisnes anda di Penang Travel Tips

Dapatkan halaman sendiri untuk bisnes anda di Penang Travel Tips, agar lebih mudah dicari.

Maklumat

Hubungi Saya

Fast Guide for selecting Penang Hotels

Quick help for choosing the hotel that's right for you.

Details




 Senarai 746 Jalanraya di Pulau Pinang

 Senarai 3500 Tempat di Pulau Pinang










Hamidouroll Online Store






Mengenai Saya

Terima kasih kerana melawat laman web saya. Sejak saya mula menulisnya pada tahun 2003, ia telah menjadi ensiklopedia hasil tulisan saya sendiri. Nama saya . Sejak 1 November, 2007, saya menulis laman web ini sepenuh masa. Saya menulis laman saya untuk memuaskan perasaan ingin tahu, tetapi saya bangga sekiranya maklumat yang saya kumpul berguna kepada anda.

Untuk berhubung dengan saya, sila isikan borang ini. Terima kasih, dan jangan lupa ikut saya di Facebook!


© 2003-2017 Timothy Tye. Hak Cipta Terpelihara.