Timothy Tye
Menaiki Kapal ke Pulau Pinang


Menaiki Kapal ke Pulau PinangMenaiki Kapal ke Pulau Pinang (4 April, 2010)



English

Sebagai satu-satunya pelabuhan utama di Malaysia, Pelabuhan Pulau Pinang menerima kapal dari seluruh dunia. Kapal muatan berlabuh di North Butterworth Container Terminal manakala kapal penumpang berlabuh di Terminal Persiaran Swettenham (Swettenham Pier Cruise Terminal) di George Town.

Terminal Persiaran Swettenham dibuka pada tahun 2010 dan merupakan terminal penumpang yang paling baru di Pelabuhan Pulau Pinang. Ia mempunyai dermaga sepanjang 400 meter dan sedalam 12 meter, membolehkannya menerima kapal persiaran yang paling besar. Selain dermaga utama, terdapat juga dua dermaga dalaman untuk kegunaan kapal yang lebih kecil.

Passenger Terminal, Swettenham PierTerminal Persiaran Swettenham (31 Ogos, 2011)


Cruise ship at Swettenham PierKapal persiaran di dermaga Terminal Swettenham. (1 Mei, 2015)


Sekiranya kapal penumpang yang anda naiki singgah di Pelabuhan Pulau Pinang, anda perlu melalui Imigresen sekiranya kapal tersebut datangnya dari negara asing. Walaupun kebanyakan aktiviti Terminal Persiaran Swettenham merupakan penumpang dari kapal makan angin "Cruise to Nowhere", terminal ini juga digunakan untuk perkhidmatan feri antara Pulau Pinang dengan Acheh di Indonesia, dan juga dengan Pulau Langkawi dan Pulau Payar.

Terminal Persiaran Swettenham berada di sisi jalan yang bernama Pesara King Edward. Mereka yang singgah seketika di George Town dapat mengambil kesempatan meneroka kawasan-kawasan Tapak Warisan Dunia George Town yang berdekatan. Kebanyakan tempat ini dapat dilawat dengan berjalan kaki. Mereka yang memerlukan khidmat pemandu pelancong boleh menghubungi Penang Tour Guides yang menawarkan khidmat memandu pelancong berjalan kaki meneroka dan menikmati tempat tarikan pelancong di George Town.

Hubungi Penang Tour Guides

Peta Terminal Persiaran Swettenham

Peta menunjukkan Terminal Persiaran Swettenham dan tempat-tempat menarik yang berdekatan.


 Halaman Terkini





 Pautan terpenting laman ini

  1. Hubungi Saya: Sekiranya anda perlu menghubungi saya, gunakan pautan ini.
  2. Senaraikan Bisnes Anda: Masukkan bisnes anda ke laman ini.
  3. Dapatkan diskaun 5% di The Gravityz
  4. Memilih hotel di Pulau Pinang: Tips untuk pelawat ke Pulau Pinang.


View all the Current Promotions of various hotels in Penang

 Senarai 769 Jalanraya di Pulau Pinang

 Senarai 3540 Tempat di Pulau Pinang










Mengenai Saya

Terima kasih kerana melawat laman web saya. Sejak saya mula menulisnya pada tahun 2003, ia telah menjadi ensiklopedia hasil tulisan saya sendiri. Nama saya . Sejak 1 November, 2007, saya menulis laman web ini sepenuh masa. Saya menulis laman saya untuk memuaskan perasaan ingin tahu, tetapi saya bangga sekiranya maklumat yang saya kumpul berguna kepada anda.

Untuk berhubung dengan saya, sila isikan borang ini. Terima kasih, dan jangan lupa ikut saya di Facebook!

 Indeks 716 Tumbuhan di laman The Flowering Garden

Saya dan isteri saya pengemar pokok. Kami telah mengasas sebuah laman web mengenai pokok dan pelbagai tumbuh-tumbuhan. Berikut disenaraikan tumbuhan yang telah kami karangi.

[an error occurred while processing this directive] [an error occurred while processing this directive]
© 2003-2017 Timothy Tye. Hak Cipta Terpelihara.