Timothy Tye's Travel Encyclopedia
Bufet Ramadan Kampung Ku, Flamingo Hotel

Cari Bilik Hotel di Pulau Pinang


Kampung Ku Buffet, Flamingo Hotel By The Beach PenangKampung Ku Buffet, Flamingo Hotel By The Beach Penang (10 Jun, 2017)




English

Hotel Flamingo By The Beach Penang kini mengadakan bufet untuk menyambut Bulan Ramadan Mubarak. Tema tahun ini ialah Kampung Ku, dan ia diadakan pada setiap malam dari 28hb Mei hingga 24hb Jun, 2017. Bufet ini membawa harga RM75 bersih (orang dewasa)dan RM45 bersih (kanak-kanak) pada hari minggu, dan RM85 bersih (orang dewasa) dan RM49 bersih (kanak-kanak) pada hujung minggu.

Kampung Ku Buffet at Flamingo Hotel By The BeachKampung Ku Buffet at Flamingo Hotel By The Beach
© Flamingo Hotel By The Beach

Tempahan

Untuk membuat tempahan bagi menghadiri bufet ini, sila hubungi Hotel Flamingo pada talian 04 282 7167 atau emel fbm@flamingo.com.my.

Tinjauan Bufet Kampung Ku di Hotel Flamingo

Saya dan isteri saya telah berpeluang menikmati Bufet Kampung Ku di Hotel Flamingo. Pada masa untuk, bufet ini sudah pun bermula lebih daripada seminggu. Walaupun kami telah dipelawa menghadirinya, kami amat bertuah sempat menghadirinya kelmarin.

Kami telah tiba agak away, lebih kurang pukul 6:30pm. Pada masa itu, sajian untuk bufet ini baru sahaja dihidangkan. Setibanya kami di Kafe Flamingo, kami telah disambut dengan mesra dan diiring ke meja kami.

Suasana di Kafe Flamingo sungguh meriah. Ia telah dihias agar berupa sebuah kampung. Sajian bufet ini dihimpun pada "gerai-gerai" yang berasingan. Di satu sisi terdapat segala hidangan utama. Pada penjuru yang satu lagi, terdapat kuih-muih, ulam, cucur, gado-gado, bubur manis dan pelbagai jenis pencuci mulut yang lain. Di satu penjuru lagi, saya dapati pelbagai jenis kerabu. Di bahagian luar pula, didapati seekor kambing panggang yang digolek, bersama beraneka jenis makanan panggang.

Kami telah memulakan sarapan kami dengan memakan buah-buahan. Terdapat berjenis-jenis buah-buahan segar. Ada juga Rojak Buah-Buahan, oleh itu, kami pun mencubanya. Habis makan buah-buahan barulah kami nikmati hidangan utama. Banyaknya hidangan yang telah disajikan. Hidangan kegemaran saya di bufet ini ialah Sotong Sambal. Isi sotong telah dimasak hingga begitu lembut. Hidangan ini begitu sedap sehingga saya kembali mengambil sedikit lagi!

Terdapat juga Gulai Kepala Ikan Salmon dengan Bendi, yang merupakan satu lagi hidangan kegemaran saya. Saya selalu gemar makan gulai yang dimasak menggunakan kepala ikan salmon. Ikan ini amat sesuai untuk masak gulai.

Seperti biasa, terdapat lebih banyak makanan daripada yang sempat kami makan. Nak cuba kesemuanya put tak larat, sebab bilangan jenis terlampau banyak. Patutlah kafe itu begitu sesak dengan tetamu hari itu, kebanyakannya datang untuk berbuka puasa. Saya dan isteri saya sungguh seronok menikmati hidangan pada Bufet Kampung Ku, dan kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Hotel Flamingo Hotel atas jemputannya kepada kami.

Kampung Ku Buffet, Flamingo Hotel By The Beach PenangKafe Flamingo dihias indah untuk Bufet Kampung Ku (10 Jun, 2017)


Bufet Kampung Ku, Flamingo Hotel By The Beach PenangKambing Panggang, Bufet Kampung Ku (10 Jun, 2017)


Bufet Kampung Ku, Flamingo Hotel By The Beach PenangNasi Tomato. (10 Jun, 2017)


Bufet Kampung Ku, Flamingo Hotel By The Beach PenangKacang Campur Sambal Belacan. (10 Jun, 2017)


Bufet Kampung Ku, Flamingo Hotel By The Beach PenangGulai Kepala Ikan Salmon dengan Bendi. (10 Jun, 2017)


Bufet Kampung Ku, Flamingo Hotel By The Beach PenangAyam Masak Lemak dengan Tanghoon. (10 Jun, 2017)


Bufet Kampung Ku, Flamingo Hotel By The Beach PenangKambing Masak Merah. (10 Jun, 2017)


Bufet Kampung Ku, Flamingo Hotel By The Beach PenangTelur Rebus Masak Kicap. (10 Jun, 2017)


Bufet Kampung Ku, Flamingo Hotel By The Beach PenangSambal Sotong. This is my favourite dish at this buffet. Just look, you can see the steam coming out of the wok. (10 Jun, 2017)


Bufet Kampung Ku, Flamingo Hotel By The Beach PenangUdang Kicap Manis. (10 Jun, 2017)


Bufet Kampung Ku, Flamingo Hotel By The Beach PenangGerai Mee Rebus. (10 Jun, 2017)


Bufet Kampung Ku, Flamingo Hotel By The Beach PenangSatay Ayam. (10 Jun, 2017)


Bufet Kampung Ku, Flamingo Hotel By The Beach PenangPuding Tembikai Susu. (10 Jun, 2017)


Bufet Kampung Ku, Flamingo Hotel By The Beach PenangAll sorts of kuih. (10 Jun, 2017)


Bufet Kampung Ku, Flamingo Hotel By The Beach PenangKuih Lapis. (10 Jun, 2017)


Bufet Kampung Ku, Flamingo Hotel By The Beach PenangIngredients for Gado-Gado. (10 Jun, 2017)


Bufet Kampung Ku, Flamingo Hotel By The Beach PenangDeepfried springrolls. (10 Jun, 2017)


Bufet Kampung Ku, Flamingo Hotel By The Beach PenangKerabu Obor-Obor dengan Biji Bijan. (10 Jun, 2017)


Bufet Kampung Ku, Flamingo Hotel By The Beach PenangKerabu Perut. (10 Jun, 2017)


Bufet Kampung Ku, Flamingo Hotel By The Beach PenangMy wife and I at Flamingo Hotel's Kampung Ku buffet. (10 Jun, 2017)


Kembali ke laman utama Hotel Flamingo By The Beach


Maklumat

Senarai Hotel di Pulau Pinang and Hotel di Malaysia



 Melawat Pulau Pinang? Tempah bilik hotel anda di sini!

Anda boleh mencari dan menempah bilik hotel anda terus dari laman web ini. Klik sini ataupun guna search box di bawah. Anda dapat menapis senarai ini kepada hotel yang diingini, dari hotel 5 bintang kepada homestay dan lain-lain lagi.

 Cari penginapan khusus di Pulau Pinang

 Halaman Terkini | Latest Updates

 Senarai 728 Jalanraya di Pulau Pinang

 Senarai 3445 Tempat di Pulau Pinang





 Penang Video Showcase


 Coming soon: Penang's own water theme park - see video!

 Take a cruise on the SuperStar Libra from Penang's Swettenham Pier!- see video!


Terima kasih atas lawatan anda ke ensiklopedia kembara saya. Sejak saya mula menulisnya pada tahun 2003, ia telah menjadi ensiklopedia karya saya sendiri. Nama saya , juga digelar Tim. Saya penulis laman web sepenuh masa. Saya menulis laman untuk mengumpul segala maklumat yang saya kenali. Untuk mengenali saya dengan lebih dekat, layari ke laman peribadi saya, www.timothytye.com Sejak 2007, saya tidak lagi keluar bekerja agar dapat menumpukan sepenuh masa untuk menulis laman web saya. Saya menerangkan gaya hidup saya dalam laman saya bernama Happy Jobless Guy.

Untuk berhubung dengan saya, sila isikan borang berhubung. Terima kasih, dan jangan lupa ikut saya dekat Facebook!













© 2003-2017 Timothy Tye. Hak Cipta Terpelihara.