Discover with Timothy
21st Anniversary as Content Creator

Bufet Makanan Jepun di Cititel Penang

English

Cititel Penang menawarkan Bufet Makanan Jepun pada setiap hari Jumaat. Ia diadakan di Main Street Cafe dari 7:00pm hingga 10:00pm. Bufet ini adalah RM95nett (orang dewasa), RM48nett (kanak-kanak) dan RM65nett (warga emas melebihi 55 tahun). Ia adalah satu daripada bufet bertema yang diperkenalkan oleh Cititel untuk tahun 2017. Selain Bufet Makanan Jepun, hotel ini juga mengadakan Bufet Makanan Panggang pada Sabtu petang dan Bufet Makanan Barat pada Ahad petang, dengan harga yang sama. Pada hujung minggu, hotel ini menawarkan Bufet Sarapan Tengahari Hujung Minggu dengan Makanan Jepun dari 12:00 tengahari hingga 3:00pm, pada hari Sabtu dan Ahad, pada RM57nett (orang dewasa), RM29nett (kanak-kanak) dan RM40nett (warga emas melebihi 55 tahun). Akhir sekali, terdapat juga Bufet Bubur Nasi Lewat Malam pada setiap Jumaat dan Sabtu malam, dari 11:00pm hingga 2:00am, pada RM25nett setiap seorang.

Pada tahun ini, Cititel Penang menyambut ulangtahunnya yang ke-20. Sempena sambutan ini, Cititel mengadakan Promosi Ulangtahun Ke-20. Untuk setiap 2 orang dewasa pada Bufet Hujung Minggu (Tengahari dan Malam), tetamu ketiga hanya membayar RM20nett sahaja! Promosi ini berakhir pada 23hb Disember 2017. Pemegang kad kredit Maybank, CIMB Bank dan Citibank credit cards juga menikmati potongan 15% untuk Makanan dan Minuman, tertakluk kepada syarat, sehingga 31hb Disember, 2017.

Tempahan

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, sila hubungi Cititel Penang pada 04 291 1128 (24 hours) atau emel msc@cititelpenang.com.

Bufet Makanan Jepun, 17hb Mac, 2017

Saya dan isteri saya amat bangga berpeluang mencuba Bufet Makanan Jepun di Cititel Penang pada 17hb Mac, 2017. Kami bersama beberapa orang blogger tempatan telah dipelawa oleh Pengurus Komunikasi hotel tersebut. Sebaik sahaja kami tiba, sudah kami dapati banyaknya makanan yang disajikan buat tetamu.

Di stesen sushi terdapat berjenis-jenis sushi dan sashimi, disertai iringannya. Terdapat juga tempura, sup miso, dan mi Japanese udon dan soba. Antara hidangan yang amat saya nikmati termasuk Tempura Ketam Kulit Lembut yang begitu rangup, the Ikan Kembung Saba yang dipanggang, Kepala Ikan Salmon dengan Sos Teriyaki (selalunya pilihan saya setiap kali saya ke Cititel Penang), Chawanmushi, Kupang dengan Mayonnaise Wasabi dan Kari Ayam Jepun.

Kalau anda gemari makanan laut - termasuk saya juga - anda akan dapati pelbagai jenis makanan laut di bufet ini, termasuk Tiram, Udang, Kekapis dan Kupang. Terdapat juga bahagian Antipasto, dengan Cendawan, Lada Kapsikum, Tomato Separa Kering (saya gemari yang ini), dan pelbagai jenis jeruk.

Selain makanan jepun, terdapat juga masakan tempatan dan antarabangsa. Cititel Penang memang terkenal dengan rojaknya. Selain itu, terdapat pelbagai jenis salad, roti, kek, fondu coklat dan berjenis-jenis minuman.

Kami berdua amat seronok menjamu selera di Bufet Makanan Jepun, dan menglafazkan penghargaan kepada Cititel Penang atas jemputan dan hospitalitinya kepada kami.

Bufet Makanan Jepun, Cititel PenangSushi di Bufet Makanan Jepun, Cititel Penang (17 Mac, 2016)


Bufet Makanan Jepun, Cititel PenangBanyaknya sushi di Bufet Makanan Jepun, Cititel Penang (17 Mac, 2016)


Bufet Makanan Jepun, Cititel PenangSushi di Bufet Makanan Jepun, Cititel Penang (17 Mac, 2016)


Bufet Makanan Jepun, Cititel PenangSushi di Bufet Makanan Jepun, Cititel Penang (17 Mac, 2016)


Bufet Makanan Jepun, Cititel PenangSushi Isi Salmon dengan Limau dan Herba Dill di Bufet Makanan Jepun, Cititel Penang (17 Mac, 2016)


Bufet Makanan Jepun, Cititel PenangKupang dengan Mayonnaise Wasabi di Bufet Makanan Jepun, Cititel Penang (17 Mac, 2016)


Bufet Makanan Jepun, Cititel PenangTempura Ketam Kulit Lembut di Bufet Makanan Jepun, Cititel Penang (17 Mac, 2016)


Bufet Makanan Jepun, Cititel PenangKepala Ikan Salmon dengan Sos Teriyaki di Bufet Makanan Jepun, Cititel Penang (17 Mac, 2016)


Bufet Makanan Jepun, Cititel PenangUdang Bermentega Miso di Bufet Makanan Jepun, Cititel Penang (17 Mac, 2016)


Bufet Makanan Jepun, Cititel PenangUdang Kukus pada Ais, di Bufet Makanan Jepun, Cititel Penang (17 Mac, 2016)


Bufet Makanan Jepun, Cititel PenangPelbagai jenis sashimi di Bufet Makanan Jepun, Cititel Penang (17 Mac, 2016)


Bufet Makanan Jepun, Cititel PenangMakanan ringan tempatan di Bufet Makanan Jepun, Cititel Penang (17 Mac, 2016)


Bufet Makanan Jepun, Cititel PenangSaya dan isteri bersama Cik Karen Chee, Pengurus Komunikasi di Cititel Penang (17 Mac, 2016)


Bufet Makanan Jepun, Cititel PenangCik Karen Chee menikmati sajian di Bufet Makanan Jepun, Cititel Penang (17 Mac, 2016)


Bufet Makanan Jepun, Cititel PenangBlogger Barry Teh dari Daily Moments by BarryBoi di Bufet Makanan Jepun, Cititel Penang (17 Mac, 2016)


Kembali ke laman Main Street Cafe, Cititel Penang


Maklumat

Kembali ke laman utama Cititel Penang

Maklumat

Senarai Restoran di Penang dan Restoran di Malaysia

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

 Discover with Timothy YouTube Channel

 Discover with Timothy Food YouTube Channel

 Learn Penang Hokkien YouTube Channel

SojiMart Videos

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Discover with Timothy

Discover With Timothy YouTube Channel

Chowrasta Market Narrated Walking Tour

IKEA Batu Kawan Narrated Walking Tour

Relau Penang Narrated Walking Tour

Medan Bayan Relau Penang Narrated Walking Tour

Fort Cornwallis & The Esplanade Narrated Walking Tour

Padang Kota Lama Narrated Walking Tour

Duke Street & Koh Seang Tat Fountain Garden

Feng Yi Dumplings

Sam Poh Footprint Temple Narrated Walking Tour

Blooms Nursery & Gallery

Bodhi Heart Sanctuary Narrated Walking Tour

Lebuh Bukit Jambul Roundabout Narrated Walking Tour

Bukit Jambul Elevated U-Turn Narrated Walking Tour

Bayan Baru Walking Tour
© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.