Petua Melawat Padang BesarPetua Melawat Padang Besar (1 November, 2009)


English

Padang Besar (GPS: 6.66239, 100.32061) ialah sebuah pekan di sempadan antara Negeri Perlis dengan Wilayah Songkhla Province di Thailand. Bandar ini terletak lebih kurang 35 km dari Kangar dan 70 km dari Hat Yai. Bandar di bahagian Thailand juga mempunyai nama yang sama, walaupun ejaannya berbeza sedikit, dan ditulis sebagai "Padangbasar" ataupun "Padangbesar". Kepada penduduk Malaysia, pekan di Thailand digelar Pekan Siam.

Padang Besar ialah destinasi membeli-belah untuk orang Malaysia yang datang ke sini untuk menikmati pembelian bebas cukai, terutamanya untuk barangan kegunaan rumah yang diperbuat di Thailand. Sebelum pintu masuk dibuka pada Bukit Kayu Hitam dalam tahun 1980-an, Padang Besar merupakan pintu masuk utama antara Semenanjung Malaysia dengan Thailand.

Peta Padang Besar, Perlis

Tempat di Padang Besar

  1. Arked Niaga Padang Besar (GPS: 6.66085, 100.32437)

  2. Bulatan Padang Besar

  3. Gapura Square (GPS: 6.66172, 100.32437)

  4. Masjid Solahuddin Al-Ayyubi

  5. Stesen Keretapi Padang Besar (GPS: 6.66209, 100.31908)

  6. Tokong Tua Pek Kong Padang Besar (GPS: 6.6583, 100.3169)

Kategori tempat di Padang Besar


Hats galore in Padang BesarHats galore in Padang Besar (1 November 2009)


Padang Besar Welcome SignPadang Besar Welcome Sign (1 November, 2009)

Pergi ke Padang Besar

Padang Besar ialah lokasi untuk lintasan jalanraya dan jalan keretapi antara Malaysia dengan Thailand. Pusat pemeriksaan Malaysia terletak kira-kira 300 meter dari sempadan, sementara pusat pemeriksaan Thai pula terletak pada sempadan.

Stesen Keretapi Padang Besar ialah stesen terminal untuk Perkhidmatan Keretapi Elektrik KTM yang mula beroperasi pada 11hb Julai, 2015. Tren International Express oleh State Railway of Thailand melalui Padang Besar antara Bangkok dengan Butterworth. Sejak 10hb Julai, 2015, Keretapi Tanah Melayu telah memperkenalkan Perkhidmatan Keretapi Elektrik ETS antara KL Sentral dengan Padang Besar. Perjalanan yang melalui Ipoh mengambil masa 4 jam.

Dengan Memandu

Padang Besar berada pada Laluan Persekutuan No. 7 (yang juga dikenali sebagai Lalui Negeri R1). Laluan ini merentasi Perlis dari selatan ke utara dan kemudian menghala ke barat dalam arah Padang Besar.

Membeli-belah di Padang BesarMembeli-belah di Padang Besar (1 November 2009)

Padang Besar adalah dalam peta Bandar di Perlis

Senarai Bandar di Perlis dan Bandar di Malaysia

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

 Discover with Timothy YouTube Channel

 Discover with Timothy Food YouTube Channel

 Learn Penang Hokkien YouTube Channel

SojiMart Videos

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Discover with Timothy

Discover With Timothy YouTube Channel

Chowrasta Market Narrated Walking Tour

IKEA Batu Kawan Narrated Walking Tour

Relau Penang Narrated Walking Tour

Medan Bayan Relau Penang Narrated Walking Tour

Fort Cornwallis & The Esplanade Narrated Walking Tour

Padang Kota Lama Narrated Walking Tour

Duke Street & Koh Seang Tat Fountain Garden

Feng Yi Dumplings

Sam Poh Footprint Temple Narrated Walking Tour

Blooms Nursery & Gallery

Bodhi Heart Sanctuary Narrated Walking Tour

Lebuh Bukit Jambul Roundabout Narrated Walking Tour

Bukit Jambul Elevated U-Turn Narrated Walking Tour

Bayan Baru Walking Tour
© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.