Simpang Enam, dilihat dari KomtarSimpang Enam, dilihat dari Komtar (8 Ogos 2006)


English

Simpang Enam (GPS: 5.414109, 100.328659) adalah sebuah persimpangan di hadapan Komtar, di mana Jalan Magazine bertemu Jalan Penang.

Simpang Enam adalah pusat bandaraya dari mana jarak diukur. Penang Travel Tips menggunakannya sebagai Batu Sifar, iaitu pusat bandaraya untuk mengukur jarak tempat, dan menggalakkan pihak industri perumahan untuk menggunakannya sebagai titik rujukan untuk jarak hartanah dari pusat bandaraya.

Nama Simpang Enam merujuk kepada enam batang jalan yang pada asalnya bercabang dari sini, iaitu Jalan Penang, Jalan Gladstone, Jalan Magazine, Jalan Gurdwara, Jalan Datuk Keramat dan Jalan Macalister. Dalam Bahasa Hokkien Pulau Pinang, tempat ini dipanggil Gor33 Pha3 Teng1 五葩燈, yang membawa maksud "lima lampu jalan", merujuk kepada tiang lampu dengan lima lampu yang dahulunya dipasang pada sebuah bulatan di sini. Dalam Bahasa Tamil pula, tempat ini dipanggil Arre Muchanti, yang juga bermaksud "enam batang jalan".

Sejarah Simpang Enam

Sehingga ke pertengahan abad ke-20, Simpang Enam adalah sebuah bulatan di mana enam batang jalan di George Town bertemu. Ia berada di sebelah barat laut Presint Tujuh Jalan.

Hari ini bulatan tersebut telah diganti dengan sebuah persimpangan. Jalan Penang, Jalan Magazine dan Jalan Gurdwara sudah dijadikan jalan sehala. Jalan Gladstone telah memberi laluan kepada pembangunan Komtar dan sekarang tidak wujud lagi. Malahan nama Simpang Enam tidak berapa diketahui oleh generasi muda.

Simpang Enam, dilihat dari KomtarSimpang Enam, dilihat dari Komtar (16 May 2008)


An old photo from the History Museum Penang showing the oval-shaped Simpang EnamSekeping gambar lama dari Muzium Sejarah Pulau Pinang menunjukkan bulatan di Simpang Enam (2 November, 2013)
The History Museum Penang

Simpang Enam, dilihat dari Jalan Penang (29 September, 2012)

Simpang Enam pada Google Street View

(Aug 2015)

Lokasi Simpang Enam dalam peta

Senarai Bulatan di Pulau Pinang dan Bulatan di Malaysia

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

 Discover with Timothy YouTube Channel

 Discover with Timothy Food YouTube Channel

 Learn Penang Hokkien YouTube Channel

SojiMart Videos

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Discover with Timothy

Discover With Timothy YouTube Channel

Chowrasta Market Narrated Walking Tour

IKEA Batu Kawan Narrated Walking Tour

Relau Penang Narrated Walking Tour

Medan Bayan Relau Penang Narrated Walking Tour

Fort Cornwallis & The Esplanade Narrated Walking Tour

Padang Kota Lama Narrated Walking Tour

Duke Street & Koh Seang Tat Fountain Garden

Feng Yi Dumplings

Sam Poh Footprint Temple Narrated Walking Tour

Blooms Nursery & Gallery

Bodhi Heart Sanctuary Narrated Walking Tour

Lebuh Bukit Jambul Roundabout Narrated Walking Tour

Bukit Jambul Elevated U-Turn Narrated Walking Tour

Bayan Baru Walking Tour
© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.