Pasar Malam Tanjung BungahPasar Malam Tanjung Bungah (28 Februari, 2017)


English

Pasar Malam Tanjung Bungah (GPS: 5.46338, 100.28481) adalah sebuah pasar malam di Tanjung Bungah, Penang. Ia diadakan pada setiap petang Selasa di perkarangan Pasar Awam Tanjung Bungah. Gerai-gerai didirikan di sekeliling bangunan pasar awam. Kebanyakan penjaja di pasar malam ini adalah sama seperti di pasar malam yang lain di Pulau Pinang. Mereka hanya beredar ke tempat yang berlainan mengikut pasar malam yang diadakan.

Pasar Malam Tanjung BungahOrang ramai di Pasar Malam Tanjung Bungah (28 Februari, 2017)


Pasar Malam Tanjung BungahGerai menjual nasi tomato di Pasar Malam Tanjung Bungah (28 Februari, 2017)


Pasar Malam Tanjung BungahGerai menjual Jeli Ais di Pasar Malam Tanjung Bungah (28 Februari, 2017)


Pasar Malam Tanjung BungahIni gerai char kuih kak yang sama dengan di pasar malam lain. (28 Februari, 2017)


Pasar Malam Tanjung BungahGerai Hamidou Roll juga ada di Pasar Malam Tanjung Bungah (28 Februari, 2017)


Pasar Malam Tanjung BungahGerai menjual barangan plastik di Pasar Malam Tanjung Bungah (28 Februari, 2017)


Pasar Malam Tanjung BungahIni gerai biskut yang sama seperti yang ada di Pasar Malam Gat Lebuh Macallum yang saya kunjungi semalam. (28 Februari, 2017)


Pasar Malam Tanjung BungahBanyaknya kasut di gerai kasut Pasar Malam Tanjung Bungah. (28 Februari, 2017)

Lawatan saya ke Pasar Malam Tanjung Bungah

28hb Februari, 2017
Saya dan isteri saya mengambil keputusan untuk berkunjung ke Pasar Malam Tanjung Bungah. Di sana, kami dapati yang kebanyakan penjaja di pasar malam ini sama dengan yang menjual di pasar malam yang lain.

Kami mencuba Hokkien Mee di pasar malam ini, memandangkan ia nampak laris, dan pembeli beratur panjang. Tetapi, setelah mencubanya, isteri saya berasa yang ia kurang masin. Pada pendapat saya pula, kalau lebih masin sedikit, mungkin lebih sedap, tetapi bagi saya, yang sedia ada pun agak memuaskan.

Pasar Malam Tanjung BungahGerai Hokkien Mee di Pasar Malam Tanjung Bungah (28 Februari, 2017)


Pasar Malam Tanjung BungahHokkien Mee dari Pasar Malam Tanjung Bungah (28 Februari, 2017)


Selain Hokkien Mee, kami juga mencuba Yong Tau Foo dan Putu Mayong. Gerai Yong Tau Foo ada papan harga. Oleh itu, saya pilih 15 keping untuk RM7. Sambil menunggu Hokkien Mee siap, saya nampak meja bersebelahan membeli Putu Mayong, oleh itu saya put pesan sebungkus dari penjaja Putu Mayong. Harganya RM2 sebungkus.

Pasar Malam Tanjung BungahGerai bermotosikal Yong Tau Foo di Pasar Malam Tanjung Bungah (28 Februari, 2017)


Pasar Malam Tanjung BungahYong Tau Foo dari Pasar Malam Tanjung Bungah (28 Februari, 2017)


Pasar Malam Tanjung BungahPutu Mayong dari Pasar Malam Tanjung Bungah (28 Februari, 2017)

Pasar Malam Tanjung Bungah adalah dalam peta Tanjung Bungah

Senarai Pasar Malam di Penang and Pasar Malam di Malaysia

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

 Discover with Timothy YouTube Channel

 Discover with Timothy Food YouTube Channel

 Learn Penang Hokkien YouTube Channel

SojiMart Videos

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Discover with Timothy

Discover With Timothy YouTube Channel

Chowrasta Market Narrated Walking Tour

IKEA Batu Kawan Narrated Walking Tour

Relau Penang Narrated Walking Tour

Medan Bayan Relau Penang Narrated Walking Tour

Fort Cornwallis & The Esplanade Narrated Walking Tour

Padang Kota Lama Narrated Walking Tour

Duke Street & Koh Seang Tat Fountain Garden

Feng Yi Dumplings

Sam Poh Footprint Temple Narrated Walking Tour

Blooms Nursery & Gallery

Bodhi Heart Sanctuary Narrated Walking Tour

Lebuh Bukit Jambul Roundabout Narrated Walking Tour

Bukit Jambul Elevated U-Turn Narrated Walking Tour

Bayan Baru Walking Tour
© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.