Discover with Timothy
21st Anniversary as Content Creator

Petua Menaiki Bas Ke Pulau Pinang

Menaiki Bas ke Pulau PinangMenaiki Bas ke Pulau Pinang (20 December, 2008)


English

Menaiki bas ekspres ke Pulau Pinang amat mudah. Terdapat dua terminal bas ekspres yang utama, iaitu Terminal Bas Ekspres Sungai Nibong (GPS: 5.34318, 100.3003), di sebelah pulau, dan Terminal Pengangkutan Sementara Penang Sentral (GPS: 5.39458, 100.36736) di Butterworth.

Lokasi Terminal Bas Ekspres di Pulau Pinang



Apabila membeli tiket bas ekspres, pastikan anda pilih lokasi terminal yang paling sesuai dengan destinasi anda. Terminal Bas Ekspres Sungai Nibong terletak di Sungai Nibang, di bahagian tengah pinggir barat Pulau Pinang. Terminal bas ini lebih kurang setengah jam dari pusat bandaraya George Town. Sekiranya anda ingin menuju ke sebuah hotel yang berada di George Town, anda boleh menaiki bas awam Rapid Penang yang berhenti di Terminal Bas Ekspres Sungai Nibong. Perhentian bas Rapid Penang berada pada Jalan Sultan Azlan Shah (Bas 102, 303, 304, 305, 308 dan 401) dan Jalan Sungai Dua (Bas 303 dan 305). Tambang bas (ketika Februari 2017) adalah RM1.50 untuk Orang Dewasa. Selain itu, stesen teksi juga berada di tepi terminal bas.

Terminal Pengangkuatan Sementara Penang Sentral merupakan terminal pengangkutan sementara sehingga siapnya pembinaan terminal Penang Sentral yang kekal. Ia berada di Butterworth, bersebelahan Terminal Feri (Pengkalan Sultan Abdul Halim) dan Stesen Keretapi Butterworth. Stesen Teksi Penang Sentral juga berdekatan terminal bas.

Dari Terminal Pengangkutan Sementara Penang Sentral, anda dapat menaiki keretapi, feri, teksi dan bas awam Rapid Penang (601, 602, 603, 604, 605, 608, 701, 702, 703, 709 dan 801), yang mempunyai rangkaian laluan dari Penang Sentral ke seluruh Seberang Perai.

Terminal Pengangkutan Sementara Penang Sentral (Aug 2015).

Yang mana satu pilihanmu: Sungai Nibong atau Penang Sentral?

Sama ada anda menaiki bas ekspres ke Terminal Bas Ekspres Sungai Nibong atau ke Terminal Pengangkutan Sementara Penang Sentral terpulang kepada destinasi anda. Kalau destinasi berada di sebelah pulau, maka Terminal Sungai Nibong mungkin yang paling sesuai. Namun, kalau destinasi berada di lokasi Tapak Warisan Dunia George Town, Terminal Penang Sentral juga sesuai sebabnya agak mudah menaiki feri ke George Town dari situ, dan sebaliknya lebuhraya dari Sungai Nibong ke George Town kerap sesak. Kalau destinasi anda berada di Seberang Perai, maka tak syak lagi, Terminal Penang Sentral paling sesuai buat pilihan anda.

Membeli tiket bas ekspres

Tiket bas ekspres sehala ataupun ulangalik boleh dibeli terus dari terminal bas ekspres Sungai Nibong dan Penang Sentral. Anda juga boleh membelinya secara online menerusi beberapa laman seperti Bus Online Ticket.

Bacaan Lanjut

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

 Discover with Timothy YouTube Channel

 Discover with Timothy Food YouTube Channel

 Learn Penang Hokkien YouTube Channel

SojiMart Videos

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Discover with Timothy

Discover With Timothy YouTube Channel

Chowrasta Market Narrated Walking Tour

IKEA Batu Kawan Narrated Walking Tour

Relau Penang Narrated Walking Tour

Medan Bayan Relau Penang Narrated Walking Tour

Fort Cornwallis & The Esplanade Narrated Walking Tour

Padang Kota Lama Narrated Walking Tour

Duke Street & Koh Seang Tat Fountain Garden

Feng Yi Dumplings

Sam Poh Footprint Temple Narrated Walking Tour

Blooms Nursery & Gallery

Bodhi Heart Sanctuary Narrated Walking Tour

Lebuh Bukit Jambul Roundabout Narrated Walking Tour

Bukit Jambul Elevated U-Turn Narrated Walking Tour

Bayan Baru Walking Tour
© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.