Jalan CY Choy, PenangJalan CY Choy (6 Februari, 2013)


English

Jalan CY Choy adalah satu daripada jalan utama di George Town. Ia bermula di Jambatan Anson di mana ia menyeberangi Terusan Prangin dan berakhir di Jambatan Sungai Pinang di mana ia bertemu dengan Jalan Jelutong.

Lokasi di sepanjang Jalan CY Choy dalam peta

Tempat-tempat di sepanjang Jalan CY Choy

  1. Adorna Gold (GPS: 5.40495, 100.32575)

  2. Hexagon Tech Park (GPS: 5.40575, 100.32628)

  3. Jambatan Sungai Pinang (GPS: 5.40436, 100.326)

  4. Menara Perdana (GPS: 5.40625, 100.32667)

  5. Pak Thean Keong Temple (GPS: 5.40649, 100.3291)

  6. Sandilands Condominium (GPS: 5.40513, 100.32852)

  7. Seng Hong Beow Temple (GPS: 5.40633, 100.3289)

  8. SRJK (C) Sum Min (GPS: 5.40949, 100.33108)

Tempat makan di sepanjang Jalan CY Choy

Perniagaan di sepanjang Jalan CY Choy


Jalan CY Choy, at junction with Cecil Street (30 July, 2012)

Mengenai Jalan CY Choy

Sehingga pertengahan abad ke-19, Jalan CY Choy masih dianggap sebagai kawasan "luar bandar", sebab ia terletak di sebelah selatan Sia Boey, yang dianggap sebagai sempadan bandar George Town. Di tebing Terusan Prangin terdapat sebuah perkampungan Cina yang dipanggil Koay1 Kang3nga4, yang bermaksud "di seberang sungai". Dari tempat ini muncul suatu penempatan Cina kelas pekerja. Sehingga lewat abad ke-19, kebanyakan rumah di sini masih berbumbungkan atap. Jalan CY Choy - yang pada masa itu digelar Bridge Street - menghadap ke laut, dan dilindungi oleh sebaris paya bakau dan pinggiran lumpur.

Laut di hadapan Jalan CY Choy telah ditebusguna antara tahun 1880 dengan 1904, pada masa itulah jalan-jalan seperti Gat Jalan Prangin dan Gat Lebuh Cecil dibina. Jalan-jalan di penempatan orang Cina yang bercabang dari Jalan CY Choy berjumlah sembilan jalan kesemuanya, dan dalam Bahasa Hokkien Pulau Pinang, dinomborkan mengikut kedudukannya dari Terusan Prangin. Oleh yang demikian, jalan yang pertama dipanggil Koay1 Kang3nga4 Thau3 Tiau3 Lor33, yang bermaksud "jalan pertama di seberang". Nama ini lambat laun disingkatkan kepada Thau3 Tiau3 Lor33 ("jalan pertama"). Bagi pihak pentadbir British, jalan ini diberi nama Magazine Road. Selepas itu ialah jalan kedua, kemudiannya jalan ketiga, dan seterusnya sehingga Lebuh Sandilands yang merupakan jalan kesembilan dan terakhir.

Pada asalnya, Jalan CY Choy dipanggil Bridge Street. Ia ditukar nama kepada Jalan CY Choy pada awal 1980-an, untuk mengenang jasa datuk bandar George Town yang ketiga dan terakhir. Choy yang dari parti Barisan Sosialis menjadi datuk bandar setelah memenangi pilihanraya bandaraya pada tahun 1964 untuk Kawasan Undangan Sungei Pinang dengan majoriti yang tinggi. Beliau sering digelar "Datuk Bandar George Town Yang Senyap" kerana mengekalkan profil rendah.

Choy berkhidmat sebagai datuk bandar sehingga tahun 1966, apabila Kerajaan Persekutuan Malaysia membubarkan pilihanraya tempatan untuk bandaraya. Ketidaksefahaman dalam parti Barisan Socialist telah meretakkannya, mewujudkan dua parti berasingan iaitu Parti Buruh Malaya dan Parti Sosialis Rakyat Malaya. Choy telah bertanding sebagai calon bebas untuk Kawasan Undangan Pengkalan Kota. Beliau memenangi kerusi pada pilihanraya 1960 dengan mudahnya. Beliau kekal aktif dalam bidang politik sehingga kematiannya pada usia 73 dalam tahun 1980.

Bagaimana pergi ke Jalan CY Choy

Untuk pergi ke Jalan CY Choy dengan bas, naiki bas Rapid Penang bernombor 302, 303, 307 ataupun 401 yang semuanya melalui Jalan CY Choy.

Jalan CY Choy, George Town (6 Februari, 2013)


Rumah kedai di sepanjang Jalan CY Choy (15 Disember, 2012)


Papan tanda Jalan C.Y. Choy (6 Februari, 2013)

Senarai Jalan di Pulau Pinang dan Jalan di Malaysia

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

 Discover with Timothy YouTube Channel

 Discover with Timothy Food YouTube Channel

 Learn Penang Hokkien YouTube Channel

SojiMart Videos

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Discover with Timothy

Discover With Timothy YouTube Channel

Chowrasta Market Narrated Walking Tour

IKEA Batu Kawan Narrated Walking Tour

Relau Penang Narrated Walking Tour

Medan Bayan Relau Penang Narrated Walking Tour

Fort Cornwallis & The Esplanade Narrated Walking Tour

Padang Kota Lama Narrated Walking Tour

Duke Street & Koh Seang Tat Fountain Garden

Feng Yi Dumplings

Sam Poh Footprint Temple Narrated Walking Tour

Blooms Nursery & Gallery

Bodhi Heart Sanctuary Narrated Walking Tour

Lebuh Bukit Jambul Roundabout Narrated Walking Tour

Bukit Jambul Elevated U-Turn Narrated Walking Tour

Bayan Baru Walking Tour
© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.