Stesen Keretapi Kuala LumpurStesen Keretapi Kuala Lumpur (8 Februari 2006)


English

Stesen Keretapi Kuala Lumpur (GPS: 3.13969, 101.69364) adalah sebuah stesen keretapi yang penting di Kuala Lumpur. Ia terletak di Jalan Sultan Hishamuddin dan berperanan sebagai stesen keretapi utama di Semenanjung Malaysia sehingga tersiapnya Stesen Keretapi KL Sentral. Bangunan ini mempunyai senibina yang sungguh indah, dan merupakan satu daripada mercu tanda Kuala Lumpur.

Keretapi yang melalui Stesen Keretapi Kuala Lumpur

Hari ini, Stesen Keretapi Kuala Lumpur masih menerima keretapi Intercity pada Laluan Utara-Selatan dari Bangkok ke Woodlands, dan keretapi KTM Komuter untuk Laluan Seremban dan Laluan Port Klang.

Pada Laluan Utara-Selatan, Stesen Keretapi Kuala Lumpur adalah antara Stesen Keretapi Rawang dengan Stesen Keretapi KL Sentral, manakala pada Laluan Seremban dan Laluan Port Klang, ia adalah antara Stesen Komuter Bank Negara dengan KL Sentral.

Stesen Keretapi Kuala Lumpur adalah dalam peta Stesen Keretapi Lembah Klang.

Khidmat pengangkutan awam di Stesen Keretapi Kuala Lumpur

Selain keretapi dan teksi, anda juga boleh menaiki GoKL City Bus yang percuma dari stesen keretapi ini untuk melawat tempat-tempat menarik di Kuala Lumpur.

Bangunan Stesen Keretapi Kuala Lumpur

Stesen Keretapi Kuala Lumpur adalah mercu tanda untuk bandaraya Kuala Lumpur sebelum adanya Menara Berkembar Petronas. Bangunan pada Jalan Sultan Hishamuddin ini telah direkabentuk oleh Arthur Benison Hubback, arkitek kerajaan yang juga telah merekabentuk Bangunan Ibu Pejabat Keretapi Tanah Melayu di seberang jalan, dan banyak lagi bangunan penting di Malaysia, termasuk Masjid Jamek Kuala Lumpur, Dewan Bandaraya yang lama, Bangunan Mahkamah yang lama, Pejabat Keretapi Selangor (sekarang ini digunakan sebagai Muzium Tekstil), Stesen Keretapi Ipoh, dan Masjid Ubudiah di Kuala Kangsar.

Stesen Keretapi Kuala Lumpur menerika khidmat KTM Komuter untuk Laluan Port Klang dan Laluan Seremban.

Senibina bangunan ini sering dikatakan sebagai senibina Moorish. Yang sebenarnya, Arthur Benison Hubback telah merekabentuk bangunan ini mengikut senibina Mughal. Beliau telah mempelajari senibina Mughal di India, dan daripada itu, senibinanya termasuk ciri-ciri seperti chatri yang tidak terdapat dalam senibinaMoorish dari Sepanyol. Senibina untuk bangunan ini dipanggil Indo-Saracenic.

Stesen Keretapi Kuala Lumpur siap dibina pada tahun 1911 apabila ia mula digunakan sebagai hub untuk rangkaian Keretapi Tanah Melayu. Ia diubahsuai pada tahun 1986 dengan kemudahan baru, termasuk penghawa dingin di bilik menunggu, penambahan kaunter informasi pelancong dan gerai makan.

Hari ini, keretapi tidak lagi berhenti di sini, kecuali perkhidmatan KTM Kommuter. Sekarang, stesen keretapi yang utama ialah KL Sentral, kurang dari satu kilometer daripadanya.

Stesen Keretapi Kuala LumpurStesen Keretapi Kuala Lumpur (8 Februari, 2006)


Stesen Keretapi Kuala LumpurStesen Keretapi Kuala Lumpur (8 Februari, 2006)


Stesen Keretapi Kuala LumpurKubah di atas Stesen Keretapi Kuala Lumpur (8 Februari, 2006)


Stesen Keretapi Kuala LumpurPandangan meneliti satu daripada kubah. (8 Februari, 2006)


Kuala Lumpur Old Railway StationStesen Keretapi Kuala Lumpur, dilihat dari Jalan Sultan Hishamuddin (8 Februari, 2006)


Stesen Keretapi Kuala LumpurPandangan depan Stesen Keretapi Kuala Lumpur, dari Jalan Sultan Hishamuddin. (11 Julai, 2016)


Stesen Keretapi Kuala LumpurLaluan di dalam Stesen Keretapi Kuala Lumpur. (11 Julai, 2016)


Stesen Keretapi Kuala LumpurGerbang masuk ke platform. (11 Julai, 2016)


Stesen Keretapi Kuala LumpurPlatform di Stesen Keretapi Kuala Lumpur. (11 Julai, 2016)

Stesen Keretapi Kuala Lumpur pada Google Maps Street View

Khidmat Tren Elektrik KTM | Stesen Keretapi di Kuala Lumpur and Stesen Keretapi di Malaysia

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

 Discover with Timothy YouTube Channel

 Discover with Timothy Food YouTube Channel

 Learn Penang Hokkien YouTube Channel

SojiMart Videos

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Discover with Timothy

Discover With Timothy YouTube Channel

Chowrasta Market Narrated Walking Tour

IKEA Batu Kawan Narrated Walking Tour

Relau Penang Narrated Walking Tour

Medan Bayan Relau Penang Narrated Walking Tour

Fort Cornwallis & The Esplanade Narrated Walking Tour

Padang Kota Lama Narrated Walking Tour

Duke Street & Koh Seang Tat Fountain Garden

Feng Yi Dumplings

Sam Poh Footprint Temple Narrated Walking Tour

Blooms Nursery & Gallery

Bodhi Heart Sanctuary Narrated Walking Tour

Lebuh Bukit Jambul Roundabout Narrated Walking Tour

Bukit Jambul Elevated U-Turn Narrated Walking Tour

Bayan Baru Walking Tour
© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.